“Sebaik-baik wanita ialah yang tidak memandang dan tidak dipandang oleh lelaki”
Aku tidak ingin dipandang cantik oleh lelaki. Biarlah aku hanya cantik di matamu. Apalah gunanya aku menjadi idaman banyak lelaki sedangkan aku hanya boleh menjadi milikmu seorang. Aku tidak merasa bangga menjadi rebutan lelaki bahkan aku merasa terhina diperlakukan sebegitu seolah-olah aku ini barang yang boleh dimiliki sesuka hati.
Aku juga tidak mahu menjadi penyebab kejatuhan seorang lelaki yang dikecewakan kerana terlalu mengharapkan sesuatu yang tidak dapat aku berikan. Bagaimana akan ku jawab di hadapan Allah kelak andai ditanya?
Adakah itu sumbanganku kepada manusia selama hidup di muka bumi?
Kalau aku tidak ingin kamu memandang perempuan lain, aku dululah yang perlu menundukkan pandanganku. Aku harus memperbaiki dan menghias peribadiku kerana itulah yang dituntut oleh Allah. Kalau aku ingin lelaki yang baik menjadi suamiku, aku juga perlu menjadi perempuan yang baik. Bukankah Allah telah menjanjikan perempuan yang baik itu untuk lelaki yang baik?
Tidak ku nafikan sebagai remaja, aku memiliki perasaan untuk menyayangi dan disayangi. Namun setiap kali perasaan itu datang, setiap kali itulah aku mengingatkan diriku bahwa aku perlu menjaga perasaan itu kerana ia semata-mata untuk mu. Allah telah memuliakan seorang lelaki yang bakal menjadi suami ku untuk menerima hati dan perasaan ku yang suci. Bukan hati yang pernah menjadi labuhan lelaki lain.
Diriku yang memang lemah ini telah diuji oleh Allah saat seorang lelaki ingin berkenalan denganku. Aku dengan tegas menolak, berbagai macam dalil aku kemukakan, tetapi dia tetap tidak berputus asa. Aku merasa seolah-olah kehidupanku yang tenang ini telah dirampas dariku. Aku bertanya-tanya adakah aku berada di tebing kebinasaan?
Aku beristigfar memohon ampunan-Nya. Aku juga berdoa agar Pemilik Segala Rasa Cinta melindungi diriku dari kejahatan.
Kehadirannya membuatku banyak memikirkan tentang dirimu. Kau kurasakan seolah-olah wujud bersamaku. Di mana saja aku berada, akal sedarku membuat perhitungan denganmu. Aku tahu lelaki yang menggodaku itu bukan dirimu. Malah aku yakin pada gerak hatiku yang mengatakan lelaki itu bukan teman hidupku kelak.
Aku bukanlah seorang gadis yang cerewet dalam memilih pasangan hidup. Siapalah diriku untuk memilih permata sedangkan aku hanyalah sebutir pasir yang wujud di mana-mana. Tetapi aku juga punya keinginan seperti wanita solehah yang lain, dilamar lelaki yang bakal dinobatkan sebagai ahli syurga, memimpinku ke arah tujuan yang satu.
Tidak perlu kau memiliki wajah setampan Nabi Yusuf, juga harta seluas perbendaharaan Nabi Sulaiman, atau kekuasaan seluas kerajaan Nabi Muhammad, yang mampu mendebarkan hati juataan gadis untuk membuat aku terpikat.
Andainya engkaulah jodohku yang tertulis di Lauh Mahfuz, Allah pasti akan menanamkan rasa kasih dalam hatiku juga hatimu. Itu janji Allah. Akan tetapi, selagi kita tidak diikat dengan ikatan yang sah, selagi itu jangan dibazirkan perasaan itu kerana kita masih tidak mempunyai hak untuk begitu. Juga jangan melampaui batas yang telah Allah tetapkan. Aku takut perbuatan-perbuatan seperti itu akan memberi kesan yang tidak baik dalam kehidupan kita kelak.
Permintaanku tidak banyak. Cukuplah engkau menyerahkan seluruh dirimu pada mencari redha Illahi. Aku akan merasa amat bernilai andai dapat menjadi tiang penyangga ataupun sandaran perjuanganmu. Bahkan aku amat bersyukur pada Illahi sekiranya akulah yang ditakdirkan meniup semangat juangmu, mengulurkan tanganku untukmu berpaut sewaktu rebah atau tersungkur di medan yang dijanjikan Allah dengan kemenangan atau syahid itu.
Akan ku keringkan darah dari luka mu dengan tanganku sendiri. Itu impianku. Aku pasti berendam airmata darah, andainya engkau menyerahkan seluruh cintamu kepadaku.
Cukuplah kamu mencintai Allah dengan sepenuh hati mu kerana dengan mencintai Allah, kamu akan mencintaiku kerana Nya. Cinta itu lebih abadi daripada cinta biasa. Moga cinta itu juga yang akan mempertemukan kita kembali di syurga.
Seorang gadis yang membiarkan dirinya dikerumuni, didekati, bermesra dengan lelaki yang bukan muhrimnya, hilanglah harga dirinya di hadapan Allah. Di hadapan Allah. Di hadapan Allah!
Sumber: http://akuislam.com/blog/kisah-tauladan/hati-labuhan-lelaki-lain/#ixzz1iZ8wMJd4
~walau apa pun yang terjadi, berjalanlah tanpa henti..Ingatlah bahawa Dia sentiasa memerhati~
Thursday, January 5, 2012
~ukhwah fillah~
Sahabat..
kekuatan bukanlah segalanya
Kerana Ia hanya sementara dan akan binasa
Tetapi mencintai dan menerima diri apa seadanya
Adalah wujud dari hamba yang bersyukur kepada Tuhannya
Mengejar kehormatan dan kekuasaan bukanlah tujuan
Tetapi mengejar cinta kasih selalu memberikan ketenangan
Maka, jangan kita larang sahabatmu jika dia menangis
Ajarkan dia untuk mengenali dan menerima perasaannya
Sahabat, katakan padanya…
Bahawa air mata adalah anugerah Tuhan yang indah
Sehingga dia belajar untuk tidak kecewa oleh emosinya
Dan jika mengerti, dia telah belajar untuk hidup dengan seteguhnya
Jangan pernah mengajar sahabat kita bagaimana menjadi cantik
Tetapi ajarkan dia untuk mencintai & menerima dirinya apa seadanya
Dan jangan kita ajarkan dia bagaimana untuk menyenangkan lelaki/wanita
Tetapi ajarkan dia untuk menyenangkan hati Tuhan yang menciptakannya
Isilah kehidupan kita dengan cinta, hikmat, dan kebijaksanaan
Bukan dengan harta, kecantikan tubuh, gelaran dan kekuasaan
Ajarkan sahabat kita menikmati keindahan mentari pagi
Dan kehangatan rasa ketika menggenggam pasir
Begitu juga kemesraan seekor kupu-kupu hinggap di atas bunga
Dan ajarkan dia menikmati merdunya suara titisan hujan
Jika kita ingin sahabat kita rajin beribadah kepada Allah
Maka, jadilah teladan untuknya dan gemakan keberadaan Allah dalam diri kita
Seseorang itu takkan dapat kita paksa berdoa dan bermunajat kepada Allah
Ketika dia tidak dapat menangkap makna ibadah yang terukir dalam kehidupan kita
Jika kita ingin sahabat kita mencintai ilmu pengetahuan
Pancarkan rasa ingin terus belajar dalam diri kita dan dirinya
kerana nasihat kita tak akan dapat membuatnya mahu membaca
Ketika dia tidak pernah menyaksikan kita menikmati ilmu
Jika kita ingin sahabat hidup penuh kasih
Tunjukkan cinta kasih kita kepadanya
Kata-kata sahaja tidak akan mampu membuatnya mengasihi
Jika dia tak pernah merasakan cinta dan perhatian dari kita
Jadi, bagaimna cara kita mengajarkan sahabat kita?
Sumber: http://akuislam.com/blog/renungan/ukhwah-fillah/#ixzz1iYyqCKoQ

~Untuk Saudariku Yang Ku Cinta KeranaNya..~
Saudari, Kalian adalah tulang rusuk yang hilang ,
Jika kalian dalam penantian , maka
Jadikan penantian itu jalan menuju Keberkatan.
Menanti bukan bererti berdiam diri , atau
menunggu tanpa erti.
Kalian adalah bidadari yang di cari.
Sebelum pemilik tulang rusuk datang menjemput ,
Isilah masa penantianmu dengan Taqwa , Sabar , Doa , dan Tawakkal.
Al-Haya’ (malu) yang menjadi perisai bagimu akan membuatmu segan untuk mengungkap perasaan.
Cinta yang tak mampu kau ungkap..
Cinta yang hanya kau dakap dalam diam..
Kerana mungkin kau tak seberani KHADIJAH..
Izinkan saya berdialog dari hati ke hati.
Saudariku, kamu mungkin jauh lebih paham tentang yang ingin saya sampaikan ,
Namun , tiada salahnya jika kita sama-sama mengimbasnya kembali ,
Atau setidaknya, menasihati diri saya sendiri ..
Beberapa tips mengisi penantian dengan proses yang berkat untuk hasil yang berkat :
Sentiasa mendekatkan diri kepadaNya.
Taqarub Illalah! Kerana Dialah Sang Pemilik Hati , Yang Menguasai Hati dan Maha Tahu Segala Isi Hati.
Persiapkan bekal kerana perjalanan itu jauh.
Tholabul’ilmi never ending!
Percantik diri dengan mempercantik lahir dan batinmu.
Perbaiki diri kerana InsyaAllah di seberang sana dia pun sedang sibuk memperbaiki dirinya
Yakinlah…!! Bahawa Wanita yang baik hanya untuk Lelaki yang baik pula…
Saudara… Jaga hijabmu agar sentiasa terpelihara..
Jaga Izzahmu kerana engkau adalah calon bidadari syurga.
Buatlah syair , puisi , atau surat cinta untuk sang belahan jiwa.
Curahkanlah segala perasaanmu selama dalam
penantian, tentang cinta dan rindu..
meskipun saat ini kau tak tahu untuk siapa suratmu kau tujukan.
Allah sedang merahsiakan…
Tapi , yakinlah.. Sang Sutradara Kehidupan sudah mempersiapkan yang terbaik untukmu..
Berikanlah surat itu apabila saat waktunya tiba..
Biarlah waktu yang bicara , kerana waktu tak pernah berdusta.
InsyaAllah, virus Cinta yang mencuba merosak komputer hati kamu semua di masa penantian ,
akan terscan oleh anti virus Iman dan syiar Cinta untuk dinanti..
Dan InsyaAllah pula,, ta’aruf kedua , ketiga , keempat dan ta’aruf – ta’aruf berikutnya di mahligai rumah tangga ,
akan semakin berbunga dengan adanya syiar-syiar indah perekat Cinta…
Jangan buat penantianmu sia-sia.
Bersegera, namun jangan tergesa-gesa,
Sebelum ijab Qabul keluar dari Lisan ”Si Pemilik Cinta”‘ ,
hati-hatilah menempatkan perasaanmu,
kerana boleh jadi, Cintamu Salah Kau Alamatkan..!
Bila yakin telah tiba , teguhkan didalam jiwa,
Kesabaran menjadi bunga,
Sementara waktu berlalu,
Penantian tidak berakhir sia-sia…
Saat Perjalanan adalah pencarian diri,
Laksana Zulaikha menjalani hari,
Sabar menanti Yusuf sang tambatan Hati,
Di penantian Mencari diri,
Bermohonkan ampunan,
semoga Di pertemukan…
.
Sumber: http://akuislam.com/blog/renungan/wahai-saudariku-yang-ku-cinta-kerananya/#ixzz1iZ2TR8y5

Tuesday, December 27, 2011
kerana kita berhak memilih !!
berikut adalah ciri2 lelaki yang boleh dipertimbangkan utk jadi suami..
1) Tahu mengimamkan solat Fardhu (Berpengalaman menjadi imam tak kesahla kt asrama masa zaman sekolah ke..kat rumah ke..kat masjid @ surau belakang rumah lagi baik..)
2) Tahu baca Al- Quran (sbb nanti die perlu bimbing saya n ank2 pulak-khatam sekurang2nya sekali.)
3) Tahu tentang perkara2 Fardhu Ain dan Fadhu Kifayah (contohnya, solat jenazah, baca tahlil,mandikan jenazah, solat jamak)
4) Kelakar dan pandai ambil hati (rse nk gelak je klau ckp ngan die)
5) Berkeyakinan diri dan bertanggugjawab (pernah memegang jawatan sebagai majlis tertinggi dlm ape saje organisasi xkire la kt mne2 pn. Ketua kelas mse drjah 1 pn boleh..tp klu president mpp ke..lgi bgus.)
6) Merupakan ank pertama @ ke-2 dlm keluarga dan rapat dgn ibubapa (klau blh xnk anak bongsu sbb saya kan dh anak bongsu dh ni..)
7) Keluarga (adik perempuan dan ibu mestilah bertudung, tidak terlalu sosial, dan tahu tentang hukum2 agama. Klau ank ustazah lagi baik)
8) Ada visi dan misi hidup (tahu apa yang die buat dan apa yg die nak dlm hidup , tetapi masih mengutamakan keluarga dlm apa saja yg dilakukan
9) Sentiasa rendah hati (xsuke ckp besar, berkawan dgn smua org tak kira sape)
10) Menghormati wanita ( x ambil kesempatan, xsuke memaksa)
11) Suke bace buku ilmiah (novel cinta tak termasuk. Xmembuang masa bce smtg yg xde faedah. Bce news paper pn jadilaa)
12) Tiada masaalah utk benarkan saya menjadi suri rumah @ xkeje. (its ok klau rumah kita kecik, kete kita xmewah asalkan kita bahagia)
13) Saya tiada masalah dgn rokok.sbb arwah ayh n abg pn merokok.tp klau x merokok lg bgus.
14) Xde masalah utk membenarkan saya berpurdah @ menutup aurat dgn sempurna selepas kawen
15) Kalau boleh berasal dr negeri selain Kelantan (nati brula best nk blik beraya..)
16) Fizikal : x kesah (terima seadanya)
17) Plg kurang blaja smpai degree. (barulah sekufu, ye x? tp klau phd lagi bagus..)
18) Xsuke kluar mlm n lepak2 smpai pagi
19) Pkai spek, ade janggut, kelihatan agak skema (mcm doktor) hehehe
20) pemakaian kemas, xterlalu stylo dan mnutup aurat (pkai seluar 3 suku d khalayak ramai = rejected !!)
21) YANG PALING PENTING !!! mak kata lulus, abang kata ok, kakak kata boleh, n saya kata setuju !! hehehehehehe

Wednesday, November 30, 2011
Aku Tidak Meminta Seseorang Yang Sempurna
Ya Allah…
Aku tidak meminta seseorang yang sempurna dari sisiMu, tidak ya Rabb…
kerana Engkau pun pasti Maha Mengetahui sesungguhnya keadaanku,
Engkau tahu dulu aku ini hanyalah musuhMu yang pernah singgah di jurang nerakaMu,
dan akupun tahu, tiada seorangpun yang sempurna di dunia ini dari kesalahan atau kekurangan,
Maka, aku meminta padaMu seorang yang tak sempurna ya Rabb, supaya dia merasa sempurna ketika diriku hadir dalam kehidupannya keranaMu…
Seseorang yang kan kusayangi kerana kelembutan hatinya
Seseorang yang kan kucintai kerana keindahan akhlaknya
Seseorang yang kan kukasihi kerana kehalusan budinya
Seseorang yang kan kukagumi keranakesantunan sikapnya
Seseorang yang kan kupuja kerana kerendahan hati dan kesederhanaannya
Seseorang yang mahu menerimaku seikhlas hatinya…
Yang tak akan pernah ku menduakan cintanya hingga akhir hayatku tiba…
Seseorang yang kan ku hibur hatinya bila dia sedang bersedih
Seseorang yang kan ku sapu air matanya ketika dia menangis
Seseorang yang kan ku jadikan bahuku tempatnya bersandar saat dia penat
Seseorang yang kan ku dengar segala kuluh – kesahnya
Seseorang yang kan ku pertaruhkan nyawaku demi menjaga kehormatannya
Seseorang yang ketulusan dan kesetiaan hati ini hanyalah untuknya…
Yang kan slalu kujanji membersamanya hingga malaikat maut menjemputku tiba…
Ya Allah…
wahai Tuhan yang memegang rahsia segala sesuatu,
jadikanlah aku redha terhadap apa-apapun yang Engkau tetapkan
Dan jadikan barakah dalam apa-apa yang Engkau takdirkan,
Wahai Tuhan yang memegang hikmah segala sesuatu,
Andai Engkau berkehendak lain,
Sesungguhnya sebenar-benarnya kehidupan adalah kehidupan akhirat,
Maka jadikanlah kehendakMu, bukan kehendakku…
Sesungguhnya aku tidak mengetahui, sedangkan Engkau Maha Mengetahui, Takdirkanlah kebaikan bagiku, dan jadikanlah hatiku meredhainya…
Sumber: http://akuislam.com/blog/renungan/tidak-meminta-yang-sempurna/#ixzz1fE3cIRmU

Wednesday, April 27, 2011
dan...jika aku jatuh cinta
Bismillahirrahmanirrahim...
Ya Allah...
Jika aku jatuh cinta,
Cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya PadaMu,
Agar bertambah kekuatanku untuk mencintaiMu...
Ya Muhaimin...
Jika aku jatuh hati,
Izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut padaMu,
Agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu...
Ya Rabbana...
Jika aku jatuh hati,
Jagalah hatiku padanya,
Agar tidak berpaling daripada hatiMu...
Ya Rabbul Izzati...
Jika aku rindu,
Rindukanlah aku pada seseorang,
Yang merindui syahid di jalanMu...
Ya Allah...
Jika aku menikmati cinta kekasihMu,
Janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya,
Bermunajat di sepertiga malam terakhirMu...
Ya Allah...
Jika aku jatuh hati pada kekasihMu,
Jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh,
Dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepadaMu...
Ya Allah,
Jika Kau halalkan aku merindui kekasihMu,
Jangan biarkan aku melampaui batas,
Sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepadaMu...
Amin ya rabbal alamin...

Thursday, April 14, 2011
Cinta Sang Marikh & Sang Zuhrah
Saya ingin memetik anologi yang menarik berkenaan cinta daripada John Gray yang menceritakan mengenai ketidaksamaan ini. Secara analoginya, lelaki berasal dari planet Marikh, manakala wanita pula berasal dari planet Zuhrah. Sebelum ini mereka hidup dalam puak masing-masing. Mereka ditakdir berjumpa dan akhirnya jatuh cinta antara satu sama lain. Tarikan yang wujud dan kepercayaan bahawa mereka mampu bahagia telah membuatkan pasangan ini mengambil keputusan untuk hidup bersama.
Mereka kemudiannya mula hidup sebagai pasangan dan membina kehidupan yang bahagia di bumi. Sedikit demi sedikit mereka berusaha membina keluarga bahagia yang diingini. Setelah menetap lama di bumi, mereka mula melupakan asal-usul kisah sendiri. Mereka lupa bahawa mereka sebenarnya berbeza antara satu sama lain. Mereka adalah berlainan sejak awalnya kerana datang dari planet yang berbeza. Perkara ini seterusnya mencipta konflik. Mereka beranggapan bahawa mereka adalah sama satu sama lain. Namun begitu yang pasti, tanggapan mereka salah.
Sang Marikh mahu dirinya difahami. Tetapi bahasa cinta ini tidak dapat difahami oleh Sang Zuhrah. Sang Marikh cuba menjauhkan diri untuk mencari penyelesaian terhadap sesuatu masalah. Kelakuan yang dilakukan oleh Sang Marikh membuatkan Sang Zuhrah menyangka bahawa pasangannya telah berubah. Begitu juga yang berlaku pada Sang Zuhrah. Kod yang ada padanya membuatkan dia mahu selalu ditemani. Dia mahu Sang Marikh sentiasa bersamanya. Namun begitu, Sang Marikh bertindak membiarkannya keseorangan apabila sesuatu masalah berlaku. Sang Marikh percaya bahawa dengan membiarkan Sang Zuhrah untuk sementara waktu akan memberi ruang dan kelegaan kepadanya. Tetapi anggapan Sang Marikh silap!
Jangan Lupa Perbezaan Kita!
Kita selalu membuat kesilapan bahawa cara pasangan kita berfikir, bertindak adalah sama seperti kita. Kita menyangka bahawa cara mereka bercinta adalah sama seperti kita bercinta. Kesannya, apabila pasangan kita melakukan sesuatu tabiat yang berlainan dengan tabiat 'normal', membuatkan kita berfikir bahawa terdapatnya masalah dalam hubungan itu. Sebenarnya adalah tidak!
Bahasa cinta Sang Zuhrah adalah tidak sama dengan Sang Marikh. Sang Marikh merupakan seorang yang suka menyendiri apabila terdapat masalah. Apa yang diperlukannya adalah ruang untuk berfikir sebelum kembali kepada Sang Zuhrah berbanding Sang Marikh. Dia mahu ada orang di sisi untuk membelainya dalam proses memenuhi kod emosinya.
Tetapi, disebabkan kegagalan untuk memahami bahasa cinta yang berlainan, mencetuskan konflik. Sang Marikh sentiasa menyalahkan Sang Zuhrah kerana tidak memberi ruang padanya. Sang Zuhrah pula menyalahi Sang Marikh kerana Sang Marikh sering tidak ada dan meminggirkannya. Pergaduhan berlaku dan akhirnya berlaku kes lebih teruk lagi iaitu perpisahan. Hal ini gara-gara Sang Zuhrah dan Sang Marikh lupa pada asal usul pasangan dan diri mereka. Mereka menganggap diri mereka adalah sama tetapi sebenarnya berbeza disebabkan datang daripada planet yang berlainan.
Kesimpulannya, jangan dilupakan perbezaan yang ada pada diri. Kita adalah unik dan sudah tentu cara pemikiran adalah berbeza. Namun begitu, ianya dapat difahami dengan memahami bahasa cinta pasangan. Satu nasihat yang dikongsi oleh John Gray adalah sentiasa mengingati kita adalah berbeza.
Artikel iLuvislam.com

Subscribe to:
Posts (Atom)