Sunday, October 24, 2010

~catatan kembara hidup 1~

Alhamdulillah…terima kasih Ya Allah..

Tuhan yang memberikan kekuatan kepadaku untuk kembali berkongsi coretan dan pengalaman di sepanjang perjalanan merentasi liku2 kehidupan..dah lama rasanya saya tak update post dlm blog ni..bukan apa..hanya kerana kekangan masa yang menuntut saya supaya lebih berhati-hati dalam menggunakannya untuk tujuan yang lebih berfaedah..

Tambahan pula,final exam yang masih berbaki beberapa minggu memerlukan saya untuk berdiskusi bersama teman-teman..

Beberapa hari yang lalu,Alhamdulillah..Tuhan mengizinkan sy untuk menyempurnakan niat di hati untuk membeli beberapa buah buku motivasi. Mungkin bagi sesetengah orang,itu hanyalah suatu perkara kecil yang di anggap simple..namun, sy cukup bersyukur kerana pastinya Tuhan telah mendengar doa sy sejak setahun yang lalu!!!
Ya..sy sebenarnya telah bercadang untuk membeli buku ini sejak setahun yang lalu. Tetapi kerana keadaan kewangan yang tidak mengizinkan yang menuntut saya supaya lebih berhati-hati dalam berbelanja membuatkan saya terpaksa menangguhkan dulu niat itu.

Tetapi..disebalik anugerah ini,sy sekali lagi diuji dengan kesempitan waktu yang menuntut pengorbanan..sudah hampir seminggu sy beli buku ini. Tapi,masih tak sampai 50 muka yang saya baca.hmmm…tp sy cuba untuk habiskan juga membaca buku ini sekurang-kurangnya 1 bab sehari..yang penting konsisten..tiba2 pula teringatkan pesan abah sewaktu sy masih kesil..katanya..”buat sesuatu mesti ada matlamat..setiap perjuangan mesti ada pengorbanan. Bila matlamat dah jelas,barulah jalan yang dilalui menjadi senang.tapi konsisten juga penting dalam mencapai matlamat.kalau konsisten takde macamana matlamat nak tercapai..”

Emmm..begitulah abah,seorang yang sentiasa sy kagumi keperibadiannya..terima kasih Ya Allah..sy telah dikurniakan seorang abah yang cukup baik. masih sy ingat,dikala sy membuat salah..(pecahkan pinggan kesayangan mak kt dapur contohnya..hehehe) saya akan dimarahi mak dari pagi sampailah ke petang..(dah lumrah..org pompuan kuat bebel..)..meskipun hati memberontak kerana dimarahi,namun..pendekatan abah cukup berbeza yang sy akan kagumi sampai bila-bila..abah suruh sy bersiap..dan bawa sy ke kedai.belikan sy hadiah..tapi dalam perjalanan pulang,.ayah berpesan smbil senyum dan memandang saya..katanya”apapun yang mak buat,semuanya sebab mak sygkan kamu.mak nak kamu lebih berhati-hati.kamu anak yg baik mesti belajar dari setiap kesalahan.”





Wah….begitu sekali pendekatan yang abah guna supaya sy sedar kesilapan diri.cukup halus. Namun amat terkesan di hati. Terima kasih mak…terima kasih abah..terima kasih kerana sentiasa menyedarkan sy supaya mengakui kesilapan sendiri dan bertanggungjawab terhadapnya.terima kasih abah yang telah mendewasakan saya dengan nasihat- nasihat yang cukup berhemah.

Buat mereka di luar sana yang masih mempunyai ibu bapa seperti sy,hargailah mereka..sayangi mereka..siapa pun mereka, ingatlah..kita takkan dapat berdiri sepeti ini pada hari ini jika bukan kerana mereka.

Bagi mereka yang sudah kehilangan mereka..hargailah setiap detik..setiap pengorbanan..setiap nasihat yang dilontarkan ke dalam jiwa kita.suatu semangat yang luar biasa yang telah menunjangi jiwa kita..jangan sekali-kali biarkan mereka kecewa kerana kita..mereka telah mendidik kita dengan sempurna.maka,tanggungjawab kita sebagai anak untuk membalas kesempurnaan itu cukuplah dengan membuat mereka tersenyum pabila mengenangkan kita..

Wednesday, October 20, 2010

~berharap pada yang x punya~

"Untuk apa kita mengharap pada seseorang yang tidak tahu mengharap kepada Tuhan?

Pengharapan adalah sesuatu yang dapat memberikan kekuatan.

Walaupun kita berada dalam suatu kesusahan yang sangat berat, pengharapan akan memberikan kesegaran kepada iman untuk sentiasa bertahan.

Kita percaya bahawa masih ada jalan keluar kepada permasalahan.

Kita percaya bahawa pasti ada pertolongan.

Namun, pada siapa harus kita berikan pengharapanAllah tersebut? Adakah pada makhluk seperti kita yang juga tak punya untuk memberi?

Atau pada Tuhan yang sentiasa menanti untuk diseru nama-Nya pagi dan petang? Bahkan Dialah yang memenuhi segala permintaan.

Seringkali kita meletakkan harapan yang tinggi kepada manusia untuk dipenuhi.

Padahal orang yang kita harapkan tersebut tak berdaya untuk memenuhi harapan dirinya sendiri.

Adalah lebih bahaya kalau orang yang kita harapkan sebenarnya tak pernah mengharap kepada Tuhan sekalian alam.

Dia menggantungkan kepercayaan kepada dirinya semata-mata tanpa sedikitpun merasa terikat dengan ketentuan Allah.

Jika orang sebegini yang kita harapkan, adakah dia akan membawa kita mendekati Tuhan?

Harapan tak tertunai, bahkan Iman terungkai-rungkai ikatannya.

"Jangan risau, kalau aku ada, mesti ok punya semua benda.

Hanya aku seorang yang boleh diharapkan"

Kata-kata sombong apakah itu? Seolah-olah dirinya adalah Tuhan yang menentukan segala keadaan.

Tanpa dia, mungkin keadaan menjadi kurang baik. Namun, dengan dia, adakah keadaan semestinya baik tanpa izin Tuhan?

Jika ada orang yang kita harapkan mengatakan begitu, berhati-hatilah, boleh jadi kita sedang mengharap pada yang tidak tahu mengharap kepada Tuhan.

Bukan tidak boleh kita percaya diri, meletakkan harapan kepada manusia.

Namun, cukuplah harapan itu setakat yang patut.

Jangan sampai harapan itu melangkaui harapan tertinggi yang seharusnya diberikan kepada Allah mutlak.

Tak ada gunanya mengharap kepada seseorang yang tidak tahu mengharap kepada Tuhan, kerana kelak kita akan disesatkannya.

Pengabdian kita kepada Allah akan tercalar.

Berharaplah kepada manusia untuk berbuat sekadar kemampuannya, namun keizinan untuk sesuatu itu terjadi tetap harus dikembalikan urusannya kepada Allah.

Pengharapan yang tidak patut kepada manusia selalu terjadi tanpa kita sedari. Pengharapan yang tidak langsung diikat dengan pengharapan kepada Allah.

Contohnya, selalu kita terlalu mengharap manusia memberikan cinta kepada kita sedangkan Allah yang menumbuhkan cinta dalam hatinya.

Kenapa tidak berdoa sahaja kepada Allah agar mengurniakan rasa cinta tersebut?

Walaupun pengharapan tidak memansuhkan ikhtiar, namun pengharapan yang tepat akan menjadikan ikhtiar kita lebih berkat.

"Ya Allah, Engkau berikanlah kekuatan kepada dia untuk melaksanakan tugas yang aku berikan"

Itulah bentuk pengharapan yang lebih baik. Tidak ada daya dan upaya melainkan dengan izin-Nya.

Tuntasnya, hubungan berbentuk horizontal yang tidak diikat dengan hubungan vertical akan menimbulkan kecelaruan dan kegoyahan.

Horizontal saya maksudkan sebagai hubungan sesama manusia, vertical sebagai hubungan dengan pencipta.

Hubungan horizontal yang tidak ada ikatan vertical adalah ibarat sebuah kipas syiling yang berpusing tanpa tergantung pada syiling, putarannya bukan menyejukkan, tapi menghancurkan.

Jauhkanlah diri kita daripada berharap secara keterlaluan kepada manusia sehingga langsung melupakan pengharapan kepada Allah.

Lebih parah kalau manusia yang kita harapkan itu memang tak pernah mengharap kepada Tuhan.

Manusia terbatas kemampuannya sedangkan Allah tak ada istilah tidak mampu bagi-Nya.

Apabila Dia mengatakan jadi, maka jadi.

"Maka apabila kamu telah selesai (dari sesuatu urusan), kerjakanlah dengan sungguh-sungguh (urusan) yang lain. dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap." - Al-Insyirah: 7-8

Wallahua'lam.



dipetik dari : http://www.iluvislam.com/tazkirah/nasihat/959-berharap-kepada-yang-tak-punya.html