Thursday, March 28, 2013

Manisnya ujianMu

Bismillahirrahmanirrahim…

Sara membelek helaian demi helaian kitab suci yang sudah lama tidak dibuka. Perlahan – lahan airmatanya mengalir tatkala memikirkan betapa lama dia tidak menyentuh mushaf itu. Entah mengapa, ingatannya kepada arwah ayahnya pada pagi itu membawa hati nya kembali dekat dengan Tuhan. Di atas sejadah yang masih lagi terbentang di tepi katil itu, dia membaca perlahan-lahan surah As-sajadah yang pernah suatu ketika dahulu menjadi surah kegemarannya..

Surah As-sajadah yg menceritakan tentang bagaimana penciptaan adam dan keengganan Iblis utk tidak sujud kepada adam, diceritakan secara terperinci. Hati sara menjadi takut memikirkan siksaan Allah utk manusia yang sombong dan angkuh. Jiwanya tersentap. Sejak kebelakangan ini, dia kerap kali bermimpi berjumpa dengan arwah ayahnya. Ayahnya menangis dan merayu supaya dia menutup aurat. Sara hanyalah gadis biasa yang tidak biasa bersosial. berbeza dengan remaja2 lain yang sebaya dengannya, sara lebih memilih utk bersederhana. Namun, hatinya masih belum terbuka utk menutup aurat dengan sempurna.

Bagaimanapun, mimpi yang berterusan menghantuinya itu membuat dirinya gerun. Bukan dia tidak pernah berusaha utk menutup aurat. Sejak di sekolah menengah, dia telah mula mengenakan tudung labuh. Namun, mungkin kerana iman yang sentiasa turun naik parasnya, akhirnya berjaya memperdaya dirnya. Keadaan sebegini berlaku berkali-kali. Membuat dirinya ‘serik’ utk berubah. Sehinggalah, dia terbaca akan sepotong ayat yang bunyinya lebih kurang begini : “berapa banyak pun dosa yang kita lakukan, selagi kita bertaubat, Allah tetap akan menerima taubat kita, selagi kita tidak syirik kepadaNya “.

Subhanallah!! Begitu sekali kasih sayang Allah bagi hambanya. Kali ini, Sara pasrah. Biarlah apa orang kata. Sekurang-kurangnya, dia masih diberi peluang utk bertaubat. Maka malam jumaat itu menyaksikan seorang hamba yang menghadap Tuhannya dengan penuh keinsafan dan air mata tanda syukur kerana dibukakan pintu hati utk sekali lagi membetulkan kesilapannya. Sara mendirikan solat sunat taubat dan solat sunat hajat agar ditetapkan iman. Dia kini sedar. Tidak ada lagi alasan untuknya terus berpaling daripada sinar hidayah Allah itu.

Malam itu, dia tertidur di atas sejadah sambil memeluk sebuah tafsir al Quran yang dibeli setahun lalu. Tenang. Sungguh tenang hatinya saat itu. Kemanisan yang dirasai dengan keyakinan adanya Tuhan yang tak pernah biarkan dia keseorangan.

Pada keesokan harinya, sara sedar, yang dia harus melakukan suatu perubahan. Dia mula mencari kembali stoking dan sarung lengan yang pernah suatu ketika dahulu disimpan saja di dalam almari. Dengan air mata yang masih lagi basah, dia bertekad di dalam diri, bahawa apa saja yang dia lakukan kini hanyalah utk Allah. Tak cukup dengan perubahan fizikal, sara sedar bahawa dia juga harus mempersiapkan rohani untuk tetap istikomah. Dia teringat akan kata2 profesor Dr muhaya : “manusia itu bergantung kepada apa yang mereka baca, apa yang mereka dengar, siapa yang mereka pilih utk berkawan dan sebagainya.”maka, dia perlu lakukan sesuatu. Lalu dia menarik kerusi dan duduk dihadapan laptop. Pantas saja jari-jemarinya menekan butang “delete” semua lagu2 inggeris yang pernah dibanggakannya dahulu. Semua cerita2 yang melalaikan, dan apa saja yang berpotensi mengubah dirinya terus dipadam daripada laptopnya.

Sejam kemudian, dia sudah boleh menarik nafas lega. Syukur, Allah mempermudahkan segala urusannya. Tidak sampai setengah jam, dia berjaya memuat turun zikir2 terapi, forum2 majlis ilmu, lagu2 yang tidak melalaikan dan apa saja yang dirasakan dapat membantu menguatkan hatinya. Drastik? Ya.. perubahan itu terlalu drastic. Namun, siapa dia untuk menolak takdir, tatkala Allah berkata Jadilah, maka tidak ada apa pun yang blh menghalangnya.

Begitulah kuatnya cinta daripada Maha Pencipta. Maka, dia mula memperbaharui doanya agar dikuatkan hati, dalam menempuh segala ujian. Jika dulu, berdoa adalah perkara yang amat jarang dibuat, kini.. biarlah ianya menjadi suatu perkara yang ditunggu-tunggu. Seorang teman pernah menasihatkannya suatu ketika dahulu : “tak susah utk berubah. Yang susah adalah mendidik diri utk terus istikomah dengan perubahan yang kita lakukan. Allah menyukai amalan yang seikit tetapi berterusan drpd amalan yang banyak namun jarang2 saja dilakukan. “ kini dia sedar. Apa yang diberitahu itu amat benar. Sara tidak mahu nikmat ketenangan yang diberi Tuhan itu hanya sekejap saja. Maka dia bertekad smbil berdoa. Sampai mati, dia akan tetap begitu..tidak ada apa lagi yang blh menariknya kembali seperti dulu.

Semakin kuat ujian yang dihadapi, semakin kuat cinta dan keazamannya utk berubah. This is a new SARA!!
Bersambung ke part 2…

Sunday, March 24, 2013

Muhasabah Cinta

Wahai pemilik nyawaku
Betapa lemah diriku ini
Berat ujian dari Mu
Kupasrahkan semua pada Mu
Tuhan baru kusadar
Indah nikmat sehat itu
Tak pandai aku bersyukur
Kini ku harapkan cinta Mu
Reff
Kata kata cinta terucap indah
Mengalir berdzikir di kidung do’a ku
Sakit yang kurasa biar
Jadi penawar dosaku
*
Butir butir cinta air mataku
Terlihat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini
Ya Illahi Muhasabat cintaku
Tuhan kuatkan aku
Lindungiku dari putus asa
Jika ku harus mati
Pertemukan aku dengan Mu

Saturday, March 2, 2013

hanya kerana DIA


Alhamdulillah, hari ini, saat ini, kita msih diberi kesempatan untuk menikmati hidup yang lebih bahagia. Syukur, di atas segala kurniaan Allah yang tak berbelah bagi. Pilihan. Saya memilih untuk BERUBAH. Walaupun seringkali rebah tatkala ujianMu datang, namun syukur, Allah masih memberi peluang untuk kita perbetulkan segala kesilapan.

BERUBAH bukan kerana azam tahun baru. bukan juga kerana mencari penghargaan manusia. jauh sekali. tetapi berubah kerana Dia yang telah mencampakkan hidayah ke dalam hati sesiapa yang dikehendakinya. inilah yang dinamakan pilihan. apabila kita dihadapkan dengan dua penyelesaian, dua jalan, dua pengakhiran..dimana kita perlu memilih antara keduanya; maka saya pilih jalan ke SYURGA. maka saya pilih untuk berubah keranaNya.

Semoga Allah menetapkan hati saya untuk terus berpegang kepada janji pada diri. kesilapan lalu takkan lagi diulangi. kekuatan untuk terus kekal berdiri yang hanya Dia saja yang mampu memberi. Masih banyak yang perlu diperbaiki. bak kata Ustazah Fatimah Syarha : "persediaan dari segi roh, jasad dan akal perlu seimbang dalam menghadapi pelbagai situasi. " . Yakin dan berpegang teguh pada janji Allah, optimis dengan segala takdir yang bakal dihadapi.

semoga segalanya kekal begini. malah biarlah lebih baik lagi. sampai bila-bila. persiapkan diri menjadi solehah untuk meraih syurgaNya. saya juga ingin ke sana. maka saya perlu meninggalkan segalanya. I, YOU, WE.. DESERVE BETTER !! saya lakukan segalanya kerana Allah. kerana cintaNya..
"Bantu lelaki untuk menjadi soleh dengan tidak melayan mesej2 mereka yang lagha".
begitu petikan daripada buku 'CINTA HIGH CLASS' karya DR FARHAN HADI dan isteri. semoga suatu hari nanti mereka juga akan dibukakan pintu hati untuk mencintai Allah. jika pilihanmu untuk bercinta secara tidak halal, maka saya juga berhak memilih. dan saya memilih untuk mencari yang halal. saya pilih untuk bahagia di dunia..sampai syurga!! InsyaAllah~

Wednesday, February 27, 2013

Itu Jodoh Terbaik? Lupakan Saja

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM


Jodoh merupakan topik kegemaran untuk setiap orang, baik yang masih single ataupun yang sudah berpasangan, mahupun yang sudah berkahwin. Dan topik ini juga digemari di semua peringkat umur dan kategori, dari budak berhingus, budak tadika, budak sekolah rendah, budak sekolah menengah, pelajar kolej, mahasiswa universiti, kakitangan pekerja awam dan swasta, pak haji, mak haji, dan lain-lain.

Kita selalu dengar bahawa ; jodoh, rezeki, ajal dan maut di tangan Tuhan. Dan selalu jugak kita akan dengar orang akan menjawab ; memanglah di tangan Tuhan, tapi kita perlu usaha mencari jugak. Disebabkan konsep ‘perlu usaha mencari’ inilah, maka ramai yang berlumba-lumba mencari jodoh untuk diri sendiri. Apatah lagi zaman ni zaman facebook, zaman di mana orang berlumba-lumba mahu menulis di status tentang mesranya hubungan mereka dan pasangan mereka.

Bagi para muda mudi pulak, jika masih tiada pasangan atau couple, maka itu adalah sesuatu yang tidak cool. Zaman ini jika anda masih belum punya pasangan, maka anda dikira kolot, dan akan dilabel dengan pelbagai gelaran ; anak mak, ustaz, konon baik, bajet alim dan sebagainya. Oh, saya selalu dilabel sebegitu.

Saya selalu bertanya kepada rakan-rakan yang sudah bercouple, adakah pasangan mereka merupakan jodoh terbaik buat mereka?
Jawapan sebegini sudah saya hafal :
“memanglah yang terbaik. Dia memahami aku, dia sayang aku. Aku pun sayang dia. Kitorang saling mencintai. Kitorang selalu pergi jalan-jalan, shoping. Kadang-kadang kitorang pegi makan-makan, tengok wayang. Awek aku sporting kau tau. Tak kolot. Aku kalau keluar pegi mana-mana, tak lepas dari pegang tangan dia. Dia pun ok je. Eh, takkan kau tak tengok gambar dalam facebook kitorang?”

Itu jodoh terbaik? Lupakan saja. Fahamkah mereka semua apa yang dikatakan terbaik? Terbaik itu bermaksud baik untuk dunia dan akhirat. Yang boleh saling membimbing untuk kebaikan dunia dan akhirat. Yang mengingatkan tentang Allah dan saling berpesan dengan kebenaran untuk menegakkan agama Allah. Jadi kalau berpegang tangan, keluar tengok wayang, merewang-rewang sampai jauh-jauh malam, apa yang baiknya? Di mana kebaikannya?

Bukan, saya tidak mengharapkan wanita sufi seperti rabiatul adawiyah untuk dikurniakan menjadi isteri. Kerana saya pun bukanlah lelaki baik dan sempurna. Tapi dalam mencari jodoh yang terbaik, saya selalu ingatkan diri saya sendiri supaya menjadi seseorang yang baik. Baik di sini bukanlah baik di mata manusia semata-mata, tetapi baik di sisi Tuhan. Apabila kita baik dengan Tuhan, maka barulah secara sendirinya kita akan jadi baik di mata orang lain.
Dengan menjadi baik kepada Tuhan ; beribadah dengan khusyuk, membuat kebajikan, menjauhi larangan, dan berbuat baik kepada sesama manusia dan makhluk di muka bumi ini dan sebagainya, maka insyaAllah Tuhan akan membalasnya dengan kebaikan juga. Bukankah cinta itu datang bersama ketaqwaan pada Ilahi?

Ya, saya tahu, ramai akan mempersoalkan sebab saya berkata sebegini. Ramai juga yang bertanya dari mana saya dapat ‘formula’ jodoh yang begini? Dari novel? Buku motivasi? Filem?
Jangan sampai tersalah memilih orang

Jawapannya mudah. Sangat mudah. Bukankah kita sudah ditinggalkan dengan dua harta paling berharga oleh Rasulullah S.A.W, iaitu al-Quran dan Hadis? Inilah ayat yang menjadi pegangan saya:
(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan- perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang- orang (yang jahat) mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia. (Surah An-Nur ayat 26)

Jika sudah begitu yang dijanjikan Tuhan, maka saya tak pernah ragu akan janji itu. Selagi saya berusaha untuk menjadi yang terbaik taqwanya di sisi Tuhan, maka saya percaya Tuhan akan mengurniakan saya jodoh yang baik juga. InsyaAllah.

dari: http://akuislam.com/blog/renungan/jodoh-terbaik/#ixzz2M7MAsfYY

Tudung Labuh : TIPS Awal Sebelum Tudung Labuh

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM


1) Mulakan dengan memakai stokin kaki & sarung lengan. Biasakan memakai baju yang longgar dan melepasi punggung. Tukarkan penggunaan seluar jeans dengan seluar slack yang longgar.

2) Cari & sertailah kumpulan usrah yang benar. yakni yang diyakini agama naqibah (ketua usrah) nya serta hala tujunya selari dengan syariat. insyaAllah.

3) Perhebatkan langkah menyertai majlis-majlis ilmu seperti kuliah maghrib di Masjid, ceramah-ceramah oleh ustaz/ustazah untuk menambah input dalam diri. InsyaAllah, akan bertemu sahabat-sahabat baru yang baik di majlis-majlis tersebut.

4) Bersungguh-sungguh memperbaiki ibadah-ibadah asas seperti solat, puasa & sebagainya. Boleh rujuk ustaz/ustazah, sahabat2 yang diyakini agama, kitab-kitab fardu ain, ataupun mendengar ceramah-ceramah online (kalau boleh, semua ini seiring).

5) Perbanyakkan membaca al-Quran & mentadabbur (mengkaji) maknanya. Tidak ada gunanya pembacaan al-Quran tanpa memahami isinya. Milikilah tafsir mini sebagai teman karib. :)

6) Apabila hati sudah semakin kuat, yakni semakin sudah yakin dengan pilihan yang dibuat (untuk berhijrah lillahi taala) maka, perlahan-lahanlah mulakan langkah untuk memperbaiki penampilan. Mulalah memakai baju yang menutupi peha (mencecah lutut). Paling popular, T-shirt Muslimah. Namun, hati-hati, seeloknya pastikan ukurannya mencecah lutut kerana T-shirt yang tidak menutupi peha berpotensi untuk menampakkan bentuk peha jika dipakai dengan seluar.

7) Mulakan dengan memakai tudung bidang 50 (melepasi bahu). Pinkan secara lurus. Kalau dipinkan silang ke dada, kelihatan agak singkat. Kebiasaannya muslimah memilih untuk memakai Tudung Turki atau Tudung Mesir.

8) Setelah semakin selesa, mulalah memakai pula tudung Tudung Turki/Mesir/Bawal bidang 60. Tudung jenis ini kebiasaannya labuh mencecah siku & menutupi punggung. Sebenarnya, tudung jenis ini pun sudah memadai untuk menutupi aurat dengan sempurna. Namun, agak renyah sebab penggunaan pin.. ( kalau tudung jahit terus sarung je. lagi mudah kan? ) ^ ^

9) Dalam pada berusaha menjaga penampilan, langkah 1-6 masih dipraktikkan dengan istiqomah (berterusan). Iman ditingkatkan, ibadah diperhebatkan, akhlak dipermantapkan. insyaAllah.

10) Kemudian, setelah bersedia untuk memakai tudung labuh berjahit, bolehlah mulakan dengan berselang-seli dengan Tudung Turki/Mesir bidang 60 sebelum istiqomah dengan tudung labuh berjahit. Serta kurangkan pemakaian seluar serta mengantikannya dengan memakai kain. Memakai t-shirt muslimah dengan kain tidak ada salahnya. Bahkan lebih manis dipandang mata.

dari: http://akuislam.com/blog/doa/tips-tudung-labuh/#ixzz2M7IvBXVb

Monday, December 31, 2012

selamat datang 2013

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Alhamdulillah, kita masih lagi diberi peluang untuk bertemu 2013. Segala Puji bagi Allah yang Maha Menghidupkan, Maha Tahu, Maha Mendengar. Ingatan untuk diri, ini adalah tahun perubahan. Menyedari hakikat manusia yang tidak sempurna, namun atas kasih sayang dari Allah, Dia mengurniakan kepada kita akal untuk berfikir, bermuhasabah diri, dan mentarbiyah diri.

10 Perkara yang perlukan perubahan

1) Jangan berjanji jika tak pasti utk ditepati. Dari sekecil-kecil perkara sehingga ke sebesar-besar perkara.

2) Tinggikan maruahmu. Perlu lebih tegas dalam berurusan dgn mana-mana lelaki

3) Jangan terlalu mudah memberi harapan kepada sesiapa.

4) Prihatin terhadap orang sekeliling. Sentiasa ambil berat terhadap ahli keluarga dan kawan2.

5) Kurangkan sebarang perbualan yang tidak penting dgn yang bukan mahram tak kiralah walau dengan apa cara sekalipun.

6) Berpegang teguh pada prinsip sebagai wanita Islam.

7) Tak perlu berjumpa atas dasar yg tak penting dgn bukan Mahram

8) Kurangkan melangkah masuk ke tempat2 yang boleh melalaikan dari mengingati Allah

9) Yakin diri dalam membuat keputusan. Istikomah dlm melaksanakan solat sunat Istikhoroh

10) Jangan mainkan perasaan orang lain.


Aku memohon ampun Ya Allah, Maha Penerima Taubat,
Aku memohon ampun Ya Allah daripada segala dosa,
Tambahkan kepadaku ilmu yang berguna,
Berikanlah aku amalan yang dimakbulkan,
Kurniakan kepadaku rezeki yg meluas,
Terimalah taubat kami dgn taubat nasuha…


10 Perkara yang Ingin dicapai

1) Istikomah dalam menutup aurat, solat awal waktu, baca AlQuran dan tafsir setiap hari, Puasa sunat, solat sunat bila berkesempatan

2) Nak pakai sarung lengan, sarung kaki, tudung besar bidang 50, n baju yang labuh2 je sepanjang tahun secara istikomah.

3) Istikomah dlm mentarbiyah dan bermujahadah diri sendiri sebelum tidur
4)Nak mengenali Allah dgn lebih dekat, dan menyintaiNya sepenuh hati

5)Bahagiakan semua orang walau dgn apa saja cara

6)Mempersiapkan Roh, Jasad, dan Akal dalam menghadapi alam perkahwinan

7)Semoga Allah mempercepatkan jodoh dgn hambaNya yg soleh, berjihad di jalanNya, yang dapat membimbing ke syurga.

8)Belajar masak, uruskan rumah tangga.

9)Belajar bwk kereta.

10)Belajar utk menerima pendapat orang lain dgn berlapang dada.


Saya seorang yang tidak sempurna. Nasihatilah saya, tegurlah silap saya, bimbinglah saya Ya Allah, kerana saya juga hanyalah hamba yg takkan lari dari melakukan kesilapan.

Bakal Imamku, coretan buatmu


Diri ini masih lagi bertatih untuk memperbaiki diri, harap awk bersabar menunggu saya. Saya tak menjanjikan kesempurnaan utk awk, tp sy berjanji utk berusaha kearah itu. Harap awk juga sedang berusaha mentarbiyah diri. Masa silam saya mungkin tak membenarkan saya utk meminta lebih dari Tuhan. Namun, saya pasti yang masa depan saya akan saya lakarkan seindahnya dengan cinta kepada Allah. Saya merindukan seorang yang sanggup menduakan saya dengan jihad kepada Allah. Seorang yang menggalakkan saya utk berpurdah, seorang yang memberikan saya peluang untk melahirkan pejuang2 islam yang berani mati kerana agama. Saya rindukan haruman syurga, pimpinlah tangan ini merentasi segala ujian dariNya. Ayuh, kita bawa semua kaum kerabat kita megenali keindahan syurga, keindahan cinta pada Yang Maha Esa.

Bakal Imamku, jagalah pandanganmu, jagalah auratmu, jagalah pergaulanmu. Aku juga masih lagi berusaha memperbaiki diri. Harap dirimu juga begitu. Utamakan ibu bapamu, sebelumku kerana syurgamu adalah pada redhanya seorang ibu, Marilah kita bersama- sama berjuang kearah syurgaNya. Berjihad menuju cintanya.

Ya Allah, jika ditakdirkan Kau ambil nyawaku sebelum sempat suami yang Kau ciptakan untukku ini membaca segala coretanku, maka Kau kabulkanlah permintaan ini agar mencampakkan hidayah utk meraih CintaMu sehingga ke syurga ini kepada teman2 seperjuangan, kakak2 dan abang ku serta semua Umat islam yang masih hidup. Semoga zuriat yg mereka lahirkan nanti mampu menjadi para syahid dan syahidah di jalanMu.


Amiinn, Ya Rabbal A’lamin..