Wednesday, December 22, 2010

~dengan hikmahMu aku kembara~

BISMILLAH..ALHAMDULILLAH..

Syukur pada Yang Maha Mengasih..pada Yang Maha menyayangi..

Tuhan..kiranya apalah dayaku sebagai hambaMu yang maha lemah ini, tanpa petunjuk dan dorongan dariMu..andainya ini jalan hidup yang terbaik buatku..keluargaku.dan semua saudaraku..maka hanya padaMu aku pohon kekuatan..namun..seandainya ini jalan yang bakal menyesatkanku..Kau pimpinlah aku Ya Allah..menuju jalanMu yang lurus..aku pasrahkan segenap jiwaku..hatiku pada Kau Yang Maha Berkuasa..jauhkanlah hatiku pada perkara yang akan mengurangi cintaKu terhadapMu…dekatkanlah hatiku ini pada jalan-jalan yang kau Redhai..sesungguhnya hanya keranaMu aku hidup..dan padamu jua aku kembali..DENGAN HIKMAHMU AKU KEMBARA…


Alhamdulillah..pengembaraan 5 hari di UTHM baru saja selesai..kemenangan UiTM di dalam pertandingan DEBAT DI RAJA 2010 adalah penutup tirai untuk setiap perjuangan bagi tahun ini..bagi kakak2 dan abang2 yang mana telah memperjuangkan kemahiran dan bakat mereka sehingga ke titisan yang terakhir..berbanggalah kerana perjuangan anda pada hari ini akan menjadi kenangan yang tetap akan dikenang sehingga 10 generasi yang akan datang..buat mereka yang baru saja mengatur tapak di dalam kelab ini seperti saya..pastikan harapan dari mereka tidak di sia-siakan..


Buat mereka yang masih lagi keliru terhadap perjuangan saya ketahuilah bahawa setiap yang berlaku adalah ketentuan dariNya..semua ini berlaku tanpa pernah kita minta..namun..dek kerana saya percaya,setiap ketentuan dari Allah itu pasti ada hikmahnya,maka buatlah yang terbaik di dalam setiap perkara yang sedang kita hadapi..harungi setiap dugaan dengan menyandarkan segala-galanya kepada Maha Pencipta..semoga segalanya akan mengundang keberkatan dari Yang Maha Esa.


Mum n dad..
Tika anakanda mengutuskan untuk menyertai kelab orator ini pada 21 Disember 2010, pukul 6 pagi..selepas sesi post mortem..dengan deraian air mata..anakanda sedar bahawa anakanda bakal memikul tanggungjawab yang maha berat..bakal mengharungi dugaan yang maha hebat..namun..kiranya setiap perjuangan memerlukan pengorbanan..hanya restu darimu yang anakanda pohonkan.restui perjuangan anakanda dalam medan penuh cabaran ini.sesungguhnya ketahuilah ayahbonda..bahawa apa yang anakanda lakukan ini bukan hanya untuk suka-suka..bukan kerana mengejar populariti semata-mata..namun kerana inilah yang membuat anakanda menjadi dewasa..matang berbicara..pasrah pada takdir yang menentu segalanya..



Pada 22 Disember 2010, pukul 10 pagi,
Pertemuan yang tak disangka dengan seorang pensyarah kejuruteraan awam UTHM bagai hadiah yang amat berharga dari Yang Maha Esa..Alhamdulillah..pertemuan itu bagai merungkai segala dilema..Ya Allah..Ya Rahman..Ya Rahim..aku bersyukur padamu di atas pertemuan ini..pertemuan ini bukan sahaja bakal membuka lembaran baru dalam sejarah hidupku..namun turut menyedarkan aku bahawa sesungguhnya Tuhan tak pernah meninggalkan kita..walau sejauh mana kita berlari..setinggi mana kita berdiri..Tuhan sentiasa ada disisi.beliau sesungguhnya telah menyedarkan bahawa setiap perjuangan itu ada harganya yang tersendiri. Biarlah kita kehilangan kemewahan..cinta ..atau apa saja asalkan cinta Allah itu sentiasa ada untuk kita..meskipun dianggap hina,dicaci..dicerca di mata manusia..biarlah..asalkan pandangan Tuhan tidak pernah luput darimu.Cinta Allah tidak pernah berkurang untukmu..

kata beliau ‘jagalah akhlakmu..adabmu..kerana sesungguhnya kamu adalah seorang yang berilmu..biarlah segala-galanya seiring dengan ilmu yang kau ada..saya telah mendidik anak saya dengan penuh kasih sayang..saya tatang bagai minyak yang penuh.namun,suatu hari nanti..saya terpaksa lepaskan anak saya kepada orang yang berilmu seperti kamu..anak saya akan menimba ilmu dari kamu..namun,cuba fikir..bagaimana hati seorang ibu yang mendidik anaknya dengan baik..tetapi tiba-tiba terpaksa menyerahkan anaknya kepada mereka yang tak pernah tahu dosa pahala..berkecainya hati saya sebagai seorang ibu yang mahu melihat anaknya dewasa dengan didikan yang sempurna..namun terpaksa berhadapan dengan ilmuan yang berjaya namun cetek pengetahuan agamanya..’


‘jagalah ususmu..kerana usus itu perlu diisi dengan makanan..rezeki yang kamu peroleh secara haram akan membentuk darah daging yang gelap dengan nur dari Allah..sedangkan kita adalah insan yang lemah yang setiap denyut nadi kita perlukan Allah.maka bila hati sudah kotor.bagaimana hidayah dari Allah itu akan datang??’


Dan yang terakhir..nasihat beliau..’pilihlah lelaki yang baik untuk zuriatmu..lelaki yang tak pernah membelakangkan Allah dalam setiap langkahnya.lelaki yang sentiasa patuh pada oang tuanya..dan lelaki yang boleh memimpinmu kearah syurga Allah..maka adikku..segalanya bermula darimu sendiri.jika kau seorang yang beriman maka semestinya kau akan bertemu dengan lelaki yang beriman.ingatlah janji Tuhan bahawa lelaki yang baik hanya untuk wanita yang baik.Allah tak pernah memungkiri janji..berpeganglah pada janji itu adikku...sesungguhnya kita hidup hanya sekali.selagi nyawa dikandung badan..selagi itulah taubat kita akan diterima..berapa ramai orang yang dilahirkan dari keturunan agama..sekolah agama..bertudung labuh..tetapi akhirnya murtad kerana taksub dengan dunia..berapa ramai yang sepanjang hidupnya tak pernah solat..bergelumang dengan maksiat..tetapi akhirnya berpurdah menghijab diri..segala-galanya terserah padamu adikku..awasilah setiap pergerakanmu.usah diikut jalan-jalan songsang yang akan mengundang dosa.tetapi pagarilah dirimu dengan sifat malu pada Allah yang sentiasa memerhatimu..’

Sesunnguhnya dariNya kita datang..dan kepadaNya kita kembali..SEKIAN

Sunday, October 24, 2010

~catatan kembara hidup 1~

Alhamdulillah…terima kasih Ya Allah..

Tuhan yang memberikan kekuatan kepadaku untuk kembali berkongsi coretan dan pengalaman di sepanjang perjalanan merentasi liku2 kehidupan..dah lama rasanya saya tak update post dlm blog ni..bukan apa..hanya kerana kekangan masa yang menuntut saya supaya lebih berhati-hati dalam menggunakannya untuk tujuan yang lebih berfaedah..

Tambahan pula,final exam yang masih berbaki beberapa minggu memerlukan saya untuk berdiskusi bersama teman-teman..

Beberapa hari yang lalu,Alhamdulillah..Tuhan mengizinkan sy untuk menyempurnakan niat di hati untuk membeli beberapa buah buku motivasi. Mungkin bagi sesetengah orang,itu hanyalah suatu perkara kecil yang di anggap simple..namun, sy cukup bersyukur kerana pastinya Tuhan telah mendengar doa sy sejak setahun yang lalu!!!
Ya..sy sebenarnya telah bercadang untuk membeli buku ini sejak setahun yang lalu. Tetapi kerana keadaan kewangan yang tidak mengizinkan yang menuntut saya supaya lebih berhati-hati dalam berbelanja membuatkan saya terpaksa menangguhkan dulu niat itu.

Tetapi..disebalik anugerah ini,sy sekali lagi diuji dengan kesempitan waktu yang menuntut pengorbanan..sudah hampir seminggu sy beli buku ini. Tapi,masih tak sampai 50 muka yang saya baca.hmmm…tp sy cuba untuk habiskan juga membaca buku ini sekurang-kurangnya 1 bab sehari..yang penting konsisten..tiba2 pula teringatkan pesan abah sewaktu sy masih kesil..katanya..”buat sesuatu mesti ada matlamat..setiap perjuangan mesti ada pengorbanan. Bila matlamat dah jelas,barulah jalan yang dilalui menjadi senang.tapi konsisten juga penting dalam mencapai matlamat.kalau konsisten takde macamana matlamat nak tercapai..”

Emmm..begitulah abah,seorang yang sentiasa sy kagumi keperibadiannya..terima kasih Ya Allah..sy telah dikurniakan seorang abah yang cukup baik. masih sy ingat,dikala sy membuat salah..(pecahkan pinggan kesayangan mak kt dapur contohnya..hehehe) saya akan dimarahi mak dari pagi sampailah ke petang..(dah lumrah..org pompuan kuat bebel..)..meskipun hati memberontak kerana dimarahi,namun..pendekatan abah cukup berbeza yang sy akan kagumi sampai bila-bila..abah suruh sy bersiap..dan bawa sy ke kedai.belikan sy hadiah..tapi dalam perjalanan pulang,.ayah berpesan smbil senyum dan memandang saya..katanya”apapun yang mak buat,semuanya sebab mak sygkan kamu.mak nak kamu lebih berhati-hati.kamu anak yg baik mesti belajar dari setiap kesalahan.”





Wah….begitu sekali pendekatan yang abah guna supaya sy sedar kesilapan diri.cukup halus. Namun amat terkesan di hati. Terima kasih mak…terima kasih abah..terima kasih kerana sentiasa menyedarkan sy supaya mengakui kesilapan sendiri dan bertanggungjawab terhadapnya.terima kasih abah yang telah mendewasakan saya dengan nasihat- nasihat yang cukup berhemah.

Buat mereka di luar sana yang masih mempunyai ibu bapa seperti sy,hargailah mereka..sayangi mereka..siapa pun mereka, ingatlah..kita takkan dapat berdiri sepeti ini pada hari ini jika bukan kerana mereka.

Bagi mereka yang sudah kehilangan mereka..hargailah setiap detik..setiap pengorbanan..setiap nasihat yang dilontarkan ke dalam jiwa kita.suatu semangat yang luar biasa yang telah menunjangi jiwa kita..jangan sekali-kali biarkan mereka kecewa kerana kita..mereka telah mendidik kita dengan sempurna.maka,tanggungjawab kita sebagai anak untuk membalas kesempurnaan itu cukuplah dengan membuat mereka tersenyum pabila mengenangkan kita..

Wednesday, October 20, 2010

~berharap pada yang x punya~

"Untuk apa kita mengharap pada seseorang yang tidak tahu mengharap kepada Tuhan?

Pengharapan adalah sesuatu yang dapat memberikan kekuatan.

Walaupun kita berada dalam suatu kesusahan yang sangat berat, pengharapan akan memberikan kesegaran kepada iman untuk sentiasa bertahan.

Kita percaya bahawa masih ada jalan keluar kepada permasalahan.

Kita percaya bahawa pasti ada pertolongan.

Namun, pada siapa harus kita berikan pengharapanAllah tersebut? Adakah pada makhluk seperti kita yang juga tak punya untuk memberi?

Atau pada Tuhan yang sentiasa menanti untuk diseru nama-Nya pagi dan petang? Bahkan Dialah yang memenuhi segala permintaan.

Seringkali kita meletakkan harapan yang tinggi kepada manusia untuk dipenuhi.

Padahal orang yang kita harapkan tersebut tak berdaya untuk memenuhi harapan dirinya sendiri.

Adalah lebih bahaya kalau orang yang kita harapkan sebenarnya tak pernah mengharap kepada Tuhan sekalian alam.

Dia menggantungkan kepercayaan kepada dirinya semata-mata tanpa sedikitpun merasa terikat dengan ketentuan Allah.

Jika orang sebegini yang kita harapkan, adakah dia akan membawa kita mendekati Tuhan?

Harapan tak tertunai, bahkan Iman terungkai-rungkai ikatannya.

"Jangan risau, kalau aku ada, mesti ok punya semua benda.

Hanya aku seorang yang boleh diharapkan"

Kata-kata sombong apakah itu? Seolah-olah dirinya adalah Tuhan yang menentukan segala keadaan.

Tanpa dia, mungkin keadaan menjadi kurang baik. Namun, dengan dia, adakah keadaan semestinya baik tanpa izin Tuhan?

Jika ada orang yang kita harapkan mengatakan begitu, berhati-hatilah, boleh jadi kita sedang mengharap pada yang tidak tahu mengharap kepada Tuhan.

Bukan tidak boleh kita percaya diri, meletakkan harapan kepada manusia.

Namun, cukuplah harapan itu setakat yang patut.

Jangan sampai harapan itu melangkaui harapan tertinggi yang seharusnya diberikan kepada Allah mutlak.

Tak ada gunanya mengharap kepada seseorang yang tidak tahu mengharap kepada Tuhan, kerana kelak kita akan disesatkannya.

Pengabdian kita kepada Allah akan tercalar.

Berharaplah kepada manusia untuk berbuat sekadar kemampuannya, namun keizinan untuk sesuatu itu terjadi tetap harus dikembalikan urusannya kepada Allah.

Pengharapan yang tidak patut kepada manusia selalu terjadi tanpa kita sedari. Pengharapan yang tidak langsung diikat dengan pengharapan kepada Allah.

Contohnya, selalu kita terlalu mengharap manusia memberikan cinta kepada kita sedangkan Allah yang menumbuhkan cinta dalam hatinya.

Kenapa tidak berdoa sahaja kepada Allah agar mengurniakan rasa cinta tersebut?

Walaupun pengharapan tidak memansuhkan ikhtiar, namun pengharapan yang tepat akan menjadikan ikhtiar kita lebih berkat.

"Ya Allah, Engkau berikanlah kekuatan kepada dia untuk melaksanakan tugas yang aku berikan"

Itulah bentuk pengharapan yang lebih baik. Tidak ada daya dan upaya melainkan dengan izin-Nya.

Tuntasnya, hubungan berbentuk horizontal yang tidak diikat dengan hubungan vertical akan menimbulkan kecelaruan dan kegoyahan.

Horizontal saya maksudkan sebagai hubungan sesama manusia, vertical sebagai hubungan dengan pencipta.

Hubungan horizontal yang tidak ada ikatan vertical adalah ibarat sebuah kipas syiling yang berpusing tanpa tergantung pada syiling, putarannya bukan menyejukkan, tapi menghancurkan.

Jauhkanlah diri kita daripada berharap secara keterlaluan kepada manusia sehingga langsung melupakan pengharapan kepada Allah.

Lebih parah kalau manusia yang kita harapkan itu memang tak pernah mengharap kepada Tuhan.

Manusia terbatas kemampuannya sedangkan Allah tak ada istilah tidak mampu bagi-Nya.

Apabila Dia mengatakan jadi, maka jadi.

"Maka apabila kamu telah selesai (dari sesuatu urusan), kerjakanlah dengan sungguh-sungguh (urusan) yang lain. dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap." - Al-Insyirah: 7-8

Wallahua'lam.



dipetik dari : http://www.iluvislam.com/tazkirah/nasihat/959-berharap-kepada-yang-tak-punya.html

Wednesday, September 29, 2010

~kenapa ALLAH temukan kita dgn orang yang salah~

Memang sakit bila cinta yg kita dambakan selama ini tak dihargai oleh insan yg bernama kekasih,apatah lagi kita dibuang begitu saja...tapi,itulah juga petanda terbaik untuk diri dan kehidupan kita pada masa akan datang.

memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya apabila kita bertemu jodoh yg sebenar,masih ada rasa syukur kita pada ketentuanNYA.

memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat menjadi penilai yg baik.

memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yg sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.

memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK,KHAS UNTUK DIRI KITA.

memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yg hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan...

memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yg tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.

memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita jadi MANUSIA YG HEBAT JIWANYA.

memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita lebih faham bahawa CINTA YG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.

memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YG TAK SELAMANYA KEKAL.

Wahai sahabat yg kecewa,menderita dan sengsara kerana cinta,fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya.Hari esokpun kita sendiri tak pasti samada menjadi milik kita.gapailah keredhaan ALLAH dengan melaksanakan suruhanNYA,dan meninggalkan laranganNYA..PERCAYALAH sesungguhnya ALLAH malu untuk menolak permintaan hambaNYA yg menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan HANYA kepadaNYA..

jazakallah

Tuesday, September 28, 2010

~warkah buatmu hawa~

Hawa,
Andai engkau masih remaja, jadilah anak yang solehah buat kedua ibu bapamu, andai engkau sudah bersuami jadilah isteri yang meringankan beban suamimu, andai engkau masih ibu, didiklah anakmu sehingga dia tidak gentar memperjuangkan ad-din Allah.

Hawa,
Andai engkau belum berkahwin jangan kau risau jodohmu, ingatlah Hawa janji Tuhan kita, wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik. Jangan dimulakan sebuah pertemuan dengan lelaki yang bukan muhrim kerana aku khuatir dari mata jatuh ke hati, maka lahirnya senyuman maka tercetusnya salam dan sekaligus disusuli dengan pertemuan takut lahirnya nafsu kejahatan yang menguasai diri.

Hawa…
Lelaki yang baik tidak melihat paras rupa, lelaki yang soleh tidak memilih wanita melalui keseksiannnya, lelaki yang warak tidak menilai wanita melalui keayuannya, kemanjaannya, serta kemampuannya mengoncang iman lelaki. Tetapi lelaki yang baik akan menilai wanita melalui akhlaknya, peribadinya dan yang penting pegangan agamanya.

Lelaki yang baik juga tidak menginginkan pertemuan dengan wanita yang bukan muhrimnya kerana dia takut memberi kesempatan kepada syaitan untuk mengodanya. Lelaki yang warak juga tidak mahu bermain cinta kerana dia tahu apa matlamat dalam sebuah pertemuan lelaki dan wanita yakni sebuah perkahwinan.

Oleh itu Hawa,
Jagalah pandanganmu, awasilah auratmu, peliharalah akhlakmu, kuatkan pendirianmu. Andai ditakdirkan tiada cinta daripada Adam untukmu, cukuplah hanya cinta Allah memenuhi dan menyinari kekosongan jiwamu, biarlah hanya cinta daripada kedua ibu bapamu yang memberi hangat kebahagiaan buat dirimu, cukuplah sekadar cinta adik- beradik serta keluarga yang membahagiakan dirimu.

Hawa…..
Cintailah Allah di kala susah dan senang kerana kau akan memperolehi cinta daripada insan yang juga menyintai Allah. Cintailah kedua ibu bapamu kerana kau akan perolehi keredhaan Allah. Cintailah keluargamu kerana kau tak akan jumpa cinta yang bahagia selain dari cinta keluarga.

Janganlah sesekali tangan yang mengoncang dunia juga yang mengoncang iman lelaki.

~bekorban itu indah~

> menghijau yang bergoyang-goyang diterpa angin.
> "Apa khabar daun hijau," katanya.
> Tersentak daun hijau menoleh ke arah suara yang datang

> Telah dua bulan musim hujan berlalu sehingga dimana-mana
> pepohonan nampak menghijau. Kelihatan seekor ulat di antara dedaun

> "Oh, kamu ulat. Badanmu kelihatan kurus dan kecil, mengapa?" tanya
> daun hijau.
> "Aku hampir tidak mendapatkan dedaunan untuk makananku. Bolehkah
> engkau membantuku sahabat?" kata ulat kecil.
> "Tentu..tentu..dekatlah kemari." Daun hijau berfikir, "jika aku
> memberikan sedikit dari tubuhku ini untuk makanan si ulat, aku akan
> tetap hijau. Hanya sahaja aku akan kelihatan berlubang-lubang. Tapi
> tak apalah."
> "Perlahan-lahan ulat menggerakkan tubuhnya menuju daun hijau.
>
> Setelah makan dengan kenyang ulat berterimakasih kepada daun
> hijau yang telah merelakan bahagian tubuhnya menjadi makanan si
> ulat. Ketika ulat mengucapkan terimakasih kepada sahabat yang penuh
> kasih dan pengorbanan itu, ada rasa puas di dalam diri daun hijau.
> Sekalipun tubuhnya kini berlubang di sana-sini namun ia bahagia
> dapat melakukan sesuatu bagi ulat kecil yang lapar.
>
> Tidak lama berselang ketika musim panas datang daun hijau menjadi
> kering dan berubah warna. Akhirnya ia jatuh ke tanah, disapu orang
> dan dibakar.

> Apa yang terlalu bererti di hidup kita sehingga kita enggan
> berkorban sedikit sahaja bagi sesama?
> Nah... akhirnya semua yang ada akan "mati" bagi sesamanya yang
> tidak menutup mata ketika sesamanya dalam kesukaran.
> Yang tidak membelakangi dan seolah tidak mendengar ketika
> sesamanya berteriak meminta tolong. Ia rela melakukan sesuatu
> untuk kepentingan orang lain dan sejenak mengabaikan kepentingan
> diri sendiri.

> Merelakan kesenangan dan kepentingan diri sendiri bagi sesama
> memang tidak mudah, tetapi indah.
> Ketika berkorban diri kita sendiri menjadi seperti daun hijau yang
> berlobang namun itu sebenarnya tidak mempengaruhi hidup kita, kita
> akan tetap hijau, Allah akan tetap memberkati dan memelihara kita.

> Bagi "daun hijau", berkorban merupakan sesuatu perkara yang
> mengesankan dan terasa indah serta memuaskan. Dia bahagia
> melihat sesamanya dapat tersenyum kerana pengorbanan yang ia
> lakukan. Ia juga melakukannya kerana menyedari bahawa ia tidak
> akan selamanya tinggal sebagai "daun hijau". Suatu hari ia akan
> kering dan jatuh.

> Demikianlah kehidupan kita. Hidup ini hanya sementara, kemudian kita
> akan mati. Itu sebabnya isilah hidup ini dengan perbuatan-perbuatan
> baik, kasih, pengorbanan, pengertian, kesetiaan, kesabaran dan
> kerendahan hati.

> Jadikanlah berkorban itu sebagai sesuatu yang menyenangkan dan
> membawa sukacita tersendiri bagi anda. Kita dapat berkorban dalam
> banyak perkara.
> Mendahulukan kepentingan sesama, melakukan sesuatu bagi mereka,
> memberikan apa yang kita punyai dan masih banyak lagi pengorbanan
> yang dapat kita lakukan.

> Yang mana yang sering kita lakukan?
> Menjadi ulat kecil yang menerima kebaikan orang atau
> menjadi "daun hijau" yang senang memberi.

Sunday, September 26, 2010

~air mata tidak selamanya abadi~

Senyum. Bahagia. Tenang. Ke mana perginya hari-hari gelap itu? Hilangnya tidak disedari. Lesapnya tidak mengesankan lagi. Alhamdulillah. Akhirnya, detik-detik hitam itu sudah berlalu. Pasti. Semua orang pastinya pernah diuji dengan pelbagai jenis dugaan. Semua tak terkecuali. Namun, tanda perhatian dan kasih sayang ALLAH pada hamba-hambaNYA ini seringkali disalah tafsirkan sebagai kemusnahan, disalah ertikan sebagai perhentian terakhir hidup bagi mereka yang lemah akal dan jiwanya. Tidak, aku tidak akan sekali-kali menyalahkan mereka. Kelemahan adalah sebahagian ‘anggota’ manusia, ketidaksempurnaan pula ada ‘nama timangan’ mereka.

Dulu, ada satu kisah tentang rama-rama. Sering ku kisahkan cerita ini pada mereka yang lagi dirundum kesedihan. Dengan kisah ini jualah, terselit sekelumit harapan untuk menyisip secebis kekuatan buat mereka yang lemah. Memang, aku tidak mampu menyanyikan lagu ‘Semangat yang Hilang’ untuk mengobarkan kembali semangat mereka, aku juga tidak dapat memberi preskripsi ubat untuk menghilangkan ingatan-ingatan buruk itu, malah aku tidak akan mungkin punya kuasa ajaib untuk mengubah takdir jika bukan diri mereka sendiri yang ingin bangkit mengubah segalanya.

Rama-rama bagiku cukup simbolik. Lambang perjuangan hidup. Ia terbang mengibarkan kepak warna-warninya yang indah dan memukau setiap mata yang memandang. Namun, dulunya rama-rama ini tak lebih dari seekor beluncas. Ya, seekor beluncas yang dibenci, dianggap perosak dan sering dijauhi. Namun, kemudian berubah menjadi kepompong sebelum bertransformasi menjadi seekor rama-rama yang cantik.

Kisah rama-rama ini kisah benar, bukan rekayasa atau hikayat dongeng penuh fantasi tetapi lebih kepada teori logik, sebuah cerita saintifik. Pernah, terdapat sekumpulan saintis sedang membuat kajian terhadap rama-rama. Mereka memerhatikan dengan teliti proses bagaimana seekor rama-rama keluar dari kepompongnya. Ia kelihatan seperti kepayahan, terseksa untuk mengeluarkan diri. Berjam-jam lamanya, rama-rama ini mencuba, mencuba, dan terus mencuba untuk keluar dari kepompong yang kecil itu. Akhirnya, ia berhasil. Rama-rama ini pun terbang ke sana dan ke mari seolah-olah meraikan kebebasannya.

Saintis-saintis muda ini kemudian beralih kepada rama-rama yang lain. Mereka sepakat untuk membantu mengeluarkan rama-rama ini dari kepompongnya dengan menggunting kepompong tersebut. Rama-rama ini berhasil ‘di’keluarkan dengan mudahnya. Namun, tahukah kamu apa yang terjadi dengan rama-rama ini? Tidak, ia tidak mati. Ia masih hidup, ia meneruskan hidupnya dalam keadaan cacat seumur hidup. Ia tidak berupaya untuk terbang, tidak akan pernah mampu terbang seperti layaknya. Bukankah ini lebih malang? Ternyata, segala kesukaran serta kepayahan ketika berusaha keluar dari kepompong itulah yang memberi kekuatan bagi seekor rama-rama untuk terbang.

Hakikatnya, apa yang tidak membunuh kita itulah yang melangsungkan kehidupan ini. Kita tidak akan kenal bahagia sebelum melalui sengsara, tidak kenal cinta sebelum faham erti benci, tidak menghargai senyuman tanpa air mata pedih. Kitaran hidup ini perlu didalami, jatuh bangunnya, turun naiknya, takdir dan karma. Tentu, kata –kata ini sering kita dengar di mana-mana, “setiap yang berlaku pasti ada hikmah disebaliknya”. Ini bukan kata-kata kosong yang palsu. Bukan. Tetapi, jangan pula tanyakan padaku, bila dan bagaimana?

Wallahualam

Tetapi bersabarlah. Airmata tidak abadi, kering suatu masa nanti. Percayalah, keajaiban itu pasti ada. Sesungguhnya ALLAH Maha Mengetahui tiap sesuatunya.



~iLuvIslam.com

Thursday, September 23, 2010

Petiklah Bunga Itu Wahai Kumbang Sakti

Bunga mekar di taman larangan
Elok kelopaknya, elok harumannya
Dijaga rapi Sang Penjaga
Dihias tertib tiada tercela

Aku menyaksikan bunga itu kembang
dan aku juga menyaksikan bunga itu layu.
Lantas! Siapa yang harus kupersalahkan?
Bunga itu? Atau kamu sang kumbang?
Atau kamu?

Tika bunga itu mula menjalar indah ke hentian tertinggi,
Kau datang merampas langkahnya.
Kau datang menghalang cintanya.
Ya!
Kamu datang menghalang cintanya
pada Raja Segala Cinta.
Masakan tidak kamu ketahui?
Cintanya itu milik Raja Segala Cinta!
Kamu tahu itu?
Kamu sedar itu?
Bukankah kamu kumbang sakti?
Mengapa tegar untukmu,
merampas dan merosak cintanya pada Si Dia?

Kamu datang membawa sejuta janji
Kamu datang membawa sejuta pengharapan
Dia itu bunga, wahai kumbang.
Dia itu bunga.
Disentuh oleh tangan asing, layulah dia
Dibuai cerita angkasa melangit, terbanglah dia.

Jangan kau gantung dia tiada bertali
Jangan kau biarkan dia lemah tiada hati
Jika benar kamu kumbang sakti, bunga itu tidak perlu tersungkur.
Petiklah dia.
Secepatnya.
Lekas! Jangan sampai bunga itu hilang seri
Saktimu dan serinya akan mengembalikan cahaya alam buana ini.
Bukankah itu ajaran Rasul kita?
Bukankah itu mengelakkan kemurkaan Tuhan kita?
Dari kamu berterus-terusan menghentak kaki, ego tiada bertepi, lekaslahhh..
Petik bunga itu dan berlarilah kamu di syurga nanti

Aku sayangkan bunga
dan kamu wahai kumbang
Cinta mana yang harus kusumpah menjadi racun?
Cinta yang membuatkan bunga dan kumbang tenggelam di alam fantasi.

Siramkan air dan baja
Mentari! Pancarkan cahaya!

Sempurnakan ia mengikut acuan yang sudah ditetapkan
Jangan diambil racun berbisa andai taman syurga bisa jadi milik kalian berdua

Petik dia.
Mohon petunjuk Raja Segala Cinta
Minta restu kedua orang tua
Dan aku mendoakan sentiasa

Bukan aku memaksa.
Tapi aku terpaksa
Sampai bila harus kau biarkan bunga itu terkulai di situ?
Dia perlukan jawapan.
Petik dia secepat yang kau mampu kumbang..
Andai bunga itu yang hadir dalam petunjukNya
Andai bunga itu yang tersenyum indah dalam mimpimu

Andai kamulah kumbang sakti itu..
Buktikan pada dunia kamu punya kuasa itu

Allah akan mempermudahkan segalanya.
Janji Allah itu pasti

"Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah niscaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberinya rezeki dari arah yang tiada disangka-sangkanya. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah niscaya Allah akan mencukupkan keperluannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang dikehendakiNya."
[At-Talaq:2-3]



~i love islam~

Tuesday, August 31, 2010

Buat Hati yang Ketandusan Cinta

Sabarlah duhai hati.

Tak perlu kau tagih cinta manusiawi yang bersifat sementara.

Ada cinta yang lebih kekal abadi buat dirimu.

Ada cinta yang bisa membuatkan kau mengalirkan airmata ketika hati merindui.

Ada cinta yang mampu memberikan ketenangan pada jiwamu ketika kamu dilanda keresahan.

Ada cinta yang boleh kau jadikan tempat merintih bila kesedihan datang menjenguk.

Ada cinta yang mampu memberikan apa sahaja yang kamu inginkan.




Namun, kadang-kadang cintamu itu pasti di uji.

Sekuat manakah cintamu padaNYA. sehebat manakah kasih kamu padaNYA.

Datang ujian dalam pelbagai cara. hatta sekecil-kecil perkara untuk menilai kesetiaanmu padaNYA.

Andai kata kuat dan tetap hatimu padaNYA, maka bergembiralah.

Jika hatimu goyah dan meragui kasih sayangNYA selepas didatangkan ujian pada dirimu, maka sedarlah bahawa nilai cintamu disisiNYA masih lemah.

Kembalilah pada cintaNYA yang lebih agung dari kecintaanmu buat dunia dan isinya.

Sudah menjadi sunnahNYA, setiap yang bergelar mukmin pasti akan di uji.

Dari ujian itulah, DIA mencari hamba-hambanya yang benar-benar mendambakan keredhaan dariNYA.

Apakah kau sanggup menghadapi segalaan ujian itu?

Namun, tidak ramai yang mahu mencari cinta yang kekal abadi ini kerana tidak mahu dilanda ujian-ujian ini.

Tidak ramai yang mahu mengeluarkah keringat hatta darah sekalipun untuk merasai manisnya cinta yang bertunjangkan kekuatan aqidah terhadap yang Khalid ini.

Maka sabarlah duhai hati.

Apabila telah kau rasakan manisnya cinta dari sang pencipta,

maka tak perlu lagi kau kejar cinta manusiawi yang rata-ratanya berlandaskan nafsu semata.

Bila telah kau tetapkan hati untuk mencintai tuhan sekalian alam, maka itulah sebenar-benarnya kecintaan yang sejati.

Dan dalam perjalanan menelusuri denai cintai terhadapNYA yang sudah pasti disaluti onak dan duri,

Akan didatangkan seorang yang turut sama mencintaiNYA sebagaimana dirimu juga.

Sebagai peneman dan yang akan menyempurnakan sebahagian daripada imanmu.

Yang padanya ada ketenangan dan kebahagiaan berpaksikan tuhan yang maha satu.

Maka sabarlah duhai hati.

Tidak perlu kau gundah gulana andainya kau masih tidak berkasih dengan manusia.
dia akan datang. itu sudah pasti.

Namun datangnya tiada siapa yang tahu kecuali DIA sang pencipta cinta itu.

Moga datangnya cinta insani itu, akan menguatkan lagi kecintaanmu buat sang pencipta cinta itu sendiri.

Kerana jiwa yang sepi tanpa cinta dan kasih dariNYA, adalah umpama padang pasir yang kegersangan.





~www.iluvislam.com~

Tuesday, August 24, 2010

ikhlaskanlah...senyumla...bersyukurlah...=)

Ikhlaskan hatimu…senyumlah…bersyukurlah…=)


Buat insan yang sedang diuji…

Pernahkah anda dihimpit 1001 masalah dan tika itu tiada siapa pun yang menoleh ke arah anda dan menghulurkan tangan??

Pernahkah anda merasakan betapa sukarnya melewati lorong-lorong yang dirasakan gelap dan sempit dengan jalan yang tidak selalunya rata??

Dan sememangnya ketika segala kesulitan itu datang bertimpa-timpa…
IKHLASKANLAH…ikhlaskan hatimu duhai insan..
sesungguhnya keikhlasan itu hadirnya dari hati..
hati yang dekat pada ALLAH..
hati yang selalu mengharapkan keredhaan dariNya..
hati yang tak pernah letih dari menyebut nama ALLAH..
hati yang sentiasa dijaga sebaik mungkin,
yang takkan pernah dicemari
oleh debu-debu kotor yang akan mencacatkan hati..
yang tak pernah disentuh oleh penguasaan nafsu..

maka..
siapakah pemilik hati itu??
siapakah insan yang amat bertuah yang masih mampu menjaga hatinya??
SUBHANALLAH..ALLAHU AKBAR…








Dan..
Di saat kita sedang berusaha untuk memelihara sekeping hati..
dugaan semakin bertimpa..
maka..
di manakah tempat untuk kita bersandar..
berhenti rehat daripada kelelahan yang panjang di sebuah persimpangan kehidupan???
Ternyata..
hanya padamu YA ALLAH.
hamba sandarkan segala harapan.
hanya padamu..hamba pohon kekuatan..

Dan.
tika terasa diri sudah tidak mampu melawan arus takdir yang telah ditetapkan..
senyumlah..
senyumlah walaupun sekali…
senyumlah untuk mendidik hati supaya sentisa redha dengan ketentuan ILAHI..
senyum itu pengubat hati..
senyumlah kepada setiap masalah…
senyumlah kepada mereka yang tidak lagi mempedulikan kita..
senyumlah kepada dunia dan katakana bahawa..
”akulah insan terpilih yang dipilih oleh ALLAH untuk diuji!!!”
semakin banyak aku diuji..semakin kuat tautan hatiku pada ALLAH.
semakin kuat langkah ini menghadapi jalan yang tidak rata..
dan..
semakin bertambah rasa sayang aku kepada ALLAH!!!!..





Maka..
apakah hikmah di sebalik setiap ujian kurniaan ALLAH itu??
bukankah di sebalik setiap kesulitan itu terselit suatu hikmah yang maha hebat???
maka…
bersyukurlah…
kepada semua insan yang sedang diuji..
ketahuilah bahawa ALLAH menyayangi anda..
ALLAH mencintai anda.
bersyukurlah kerana jika sebelum ini.
mungkin anda kadang kala terlupa akan nikmat kurniaan ALLAH..
dan ujian itulah yang telah membawa anda kembali bersujud kepada Yang ESA..
maka..
ingatlah bahawa..
setiap ujian yang datang adalah bukan kerana ALLAH membenci kita..
tetapi, kerana ALLAH tidak mahu kita terpesong lebih jauh..
buat mereka yang sedang diuji..
IKHLASKAN HATIMU..SENYUMLAH..dan BERSYUKURLAH.
kerana itu tandanya “ALLAH MENYAYANGI ANDA!!!!!”

Monday, August 2, 2010

semalam....hari ini...dan selamanya..


selamat hari lahir untuk bonda tecinta...1 ogos 2010=)
semoga dipanjangkan umur,dimurahkan rezeki dan sentiasa berbahagia..
terima kasih yang tak terhingga kerana bonda telah mendidik anakanda sehingga menjadi seperti sekarang..kasih ibu membawa ke syurga..
semalam..ketabahan jiwamu telah teruji,mendidik anak-anakmu tanpa penat dan jemu..hari ini..aq berdiri sebagai suatu hasil acuan yang telah dirimu bentuk..dan selamanya..aku akan memanjatkan kesyukuran sambil menadah tangan,mengucapkan syukur kepada yang esa kerana pada saat ini..detik ini..aku telah berdiri sebagai seorang hamba..terima kasih YA ALLAH!!!!

Thursday, July 29, 2010

malang sesekali menyapa..

tiada siapa pun yang menginginkan kesulitan..namun,kesulitan itulah yang sebenarnya menjadikan kita lebih dewasa..itulah salah satu cara bagaimana ALLAH menunjukkan rasa kasihNya kepada kepada hamba-hambaNya..

entah di mana silapnya..mungkin kerana terlalu alpha dengan nikmat pemberian Tuhan. diri seorang insan yang lemah ini ternyata tergugat jua dengan ketentuan dan takdir..

kadang-kala,kita perlu melepaskan sesuatu yang kita sayang kerana sebuah takdir..

YA RABB,
kuatkan hati hamba,
permudahkan segala urusan hamba,
air mata yang mengalir ini pastinya bukan hanya kerana peristiwa itu..
tetapi kerana hamba percaya pada qada' dan qadarmu
kerana rasa takut hamba pada Kekuasaanmu..
ikhlaskanlah hamba
kuatkan hati hamba
ratakan jalan-jalan yang hamba lalui
hanya padamu TUHAN..
aku hidup dan aku di matikan

sesekali,dek kerana terlalu leka dengan keindahan dunia,diri yang kerdil ini bisa tumbang dibawa arus..ingatlah wahaj diri..ingatlah wahai sahabat..ingatlah wahai insan..
kita adlah makhluk ciptaan TUHAN yang amat sempurna,dianugerahkan akal yang bisa menumpaskan nafsu..namun,sering saja nafsu itu menguasai diri..
ingatlah .. kemanapun kita pergi,sejauh manapun kita berlari,kita takkan dapat melawan takdir Ilahi..sesungguhnya,apa yang terjadi pasti ada hikmahnya jua...=)

Sunday, July 25, 2010

bermulanya sebuah pengembaraan....

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM...

1st of all,i would like to thank The GOD because give me the opportunity to create some blog about myself..=)
well,this is my first writing..hopefully,it will be nice then because i will share my opinion with all of you..
i like this sentence "the meaning of give"..
it seems like just a simple quotes but then, this statement actually give thousand meanings to my life..
let us take a time to understand what does it means..=)



see u next time yaa!!!