Sunday, February 27, 2011

nota cinta buatmu

Allah....

Ingin sekali aku menulis nota cinta untuk-Mu,
Nota cinta yang sudah lama tidak kutuliskan untuk-Mu,
Bersama embun titisan air mata cinta pada-Mu.

Allah...

Ingin sekali aku mengarang nota cinta buat-Mu,
Nota cinta yang sudah lama tidak kukarang buat-Mu,
Bersama bunga perasaan rindu yang menggebu-gebu.

Allah...

Ingin sekali aku mengirim nota cinta pada-Mu,
Nota cinta yang sudah lama tidak dikirim pada-Mu,
Bersama wangian kesetiaan yang yakin dan padu.

Allah...

Jika ku tulis, ku karang lalu kirim padaMu,
Masihkah Kau sudi membacanya seperti dulu?
Suatu nota dari seorang aku,
Yang hina lagi jahil malah kaku,
Dalam menanggapi erti cinta sejati dariMu.

Allah...

Jika ku tulis, ku karang lalu kirim pada-Mu,
Sudikah Kau membalasnya buat diriku?
Sebuah nota pada seorang aku,
Yang curang tak bererti lagi buntu,
Dalam menanggapi erti kehambaan pada-Mu.

Allah...

Ingin sekali aku memberikan nota cinta untuk-Mu,
Tapi aku malah jadi tidak tahu,
Mahu bermula dari mana,
Mahu mengakhirkan bagaimana.

Allah...

Apakah masih pantas untuk mulutku yang hina ini,
Menyebut nama-Mu Yang Agung itu,

wanita pertama penghuni syurga..

Rasulullah s.a.w pernah memberitahu puteri kesayangannya Fatimah, bahawa beliau bukanlah wanita pertama yang akan masuk ke syurga. Hal itu sangat membuatkan Fatimah berasa dukacita dan cemburu lalu beliau pun bertanya kepada Rasulullah apakah amalan wanita tersebut sehingga beliau layak untuk menjadi wanita pertama yang masuk ke syurga. Rasulullah s.a.w memberitahu kepada puterinya itu supaya beliau pergi ke rumah wanita itu dan melihat sendiri amalan wanita tersebut.

Lalu, Fatimah pun bersiap-siap untuk pergi ke rumah wanita yang dimaksudkan oleh Rasulullah itu. Pada kali pertama kedatangannya ke rumah wanita yang bernama Siti Muti'ah itu, Fatimah tidak dibenarkan masuk kerana suami wanita tersebut tiada di rumah dan beliau tidak mendapat keizinan daripada suaminya untuk membenarkan tetamu masuk.

Maka, Fatimah pulang kembali ke rumahnya dan akan datang semula ke rumah tersebut pada keesokan harinya. Pada hari berikutnya, Fatimah datang kembali dengan membawa dua orang puteranya, Hassan dan Hussin. Malang lagi menimpa Fatimah kerana Siti Muti'ah tidak membenarkan Fatimah masuk ke rumahnya kerana beliau hanya meminta izin dari suaminya supaya Fatimah seorang sahaja yang boleh masuk ke rumahnya manakala Hassan dan Hussin tidak boleh masuk tanpa kebenaran suaminya. Sekali lagi Fatimah pulang dengan perasaan hampa kerana tidak dapat melihat amalan wanita tersebut.

Pada hari yang ketiga barulah Fatimah diizinkan masuk ke dalam rumah Siti Muti'ah. Pada pandangan Fatimah setelah pertemuannya dengan Siti Muti'ah, tiada apa-apa yang istimewa pada wanita tersebut yang melayakkan beliau menjadi wanita pertama yang masuk ke syurga. Sedang asyik Fatimah berbual dengan Siti Muti'ah, tiba-tiba Siti Muti'ah bangun dari duduknya dan segera bersiap-siap membuatkan Fatimah kehairanan. Rupa-rupanya wanita tersebut menyiapkan dirinya untuk menyambut kepulangan suaminya.

Sewaktu menyambut kepulangan suaminya, Siti Muti'ah menyediakan air dan menghidangkan sedikit makanan untuk suaminya. Beliau juga dilihat menyediakan sebuah tongkat yang akan digunakan oleh suaminya bagi menghukum Siti Muti'ah sekiranya didapati beliau melakukan kesalahan sepanjang pemergian suaminya. Siti Muti'ah juga memakai pakaian yang menarik untuk menghiburkan suaminya.

Setelah melihat adegan itu, Fatimah pulang dengan perasaan yang cukup kagum dan terharu dengan layanan yang sangat istimewa yang diberikan oleh Siti Muti'ah terhadap suaminya. Fatimah terus mendapatkan ayahandanya Rasulullah s.a.w dan menceritakan tentang peristiwa yang dilihatnya di rumah Siti Muti'ah. Dengan penuh rasa rendah diri, Fatimah memberitahu kepada Rasulullah bahawa sememangnya Siti Muti'ah sememangnya layak untuk menjadi wanita pertama yang masuk ke syurga kerana ketaatan yang tidak berbelah bahagi kepada suaminya itu. Wallahu'alam

Friday, February 11, 2011

Hebatnya ujianMu..indahnya HidayahMu

Hebatnya ujianMu..indahnya HidayahMu

Dengan hidayah darimu Ya Allah..aku bingkiskan apa yang terbuku di hati sekian lama..
Maafkan aku sahabat,,jika sejak akhir-akhir ini aku kian jauh darimu..
Maafkan aku kiranya apa saja yang aku lakukan ini menimbulkan tanda tanya yang tak mampu kamu luahkan secara bersemuka..
Biar ku rungkaikan satu persatu yang terjadi padamu teman..moga kalian tahu bahawa besarnya rahmat yang Allah kurniakan padaku..betapa tingginya nilai suatu yang dinamakan hidayah dari Allah..

Hari ini..kamu menanyakan lagi soalan serupa..
“kenapa pakai ni..??”,sambil menunjuk kepada sarung lengan yang ku pakai..
“tak panas ke pakai ni..??,sambil menunjuk kepada sarung kakiku pula..
Maafkan aku sayangku kerana aku tak mampu memberikan jawapan kepada setiap persoalanmu itu..kerana aku tahu..kamu mengenaliku sebagai seorang yang sepertimu..bukan niatku untuk memburukkan gaya hidupmu..tidak sama sekali..namun,kamu perlu tahu bahawa aku sebenarnya bukanlah sepertimu..pertama kali ku belajar keluar malam bersama ahli kelab di salah sebuah kedai makan di area berdekatan nyata bukanlah kali terakhir..
Ianya disusuli dengan perkara yang sama berulang kali..bahkan tak sampai setahun..aku sudah mula belajar balik ke hostel tika orang lain mula bangun untuk tahajjud..tika orang lain sedang sibuk menyebut nama Tuhan..tika para malaikat mula turun ke bumi untuk mencatat amalan..betapa jahilnya aku wahai sahabat..betapa bodohnya aku..sanggup menggadaikan waktu2 yang cukup berharga itu demi menambah kemurkaan Tuhan..

Sahabatku..kau perlu tahu..bahawa setiap kali aku mengulangi perkara itu..air mata kekesalan pasti segera jatuh mengenangkan keluarga yang memasang harapan supaya aku belajar..namun,apa yang aku lakukan ini telah tersangat2 terpesong dari gaya hidupku sahabat..terpesong dari didikan ibu ayahku.walhal..sampai kini jua pun..aku masih belum menceritakan apa yang terjadi padaku ini..pastinya mereka menganggap aku masih lagi seperti dulu.seorang yang patuh pada ajaran agama..berdosanya aku..yang pada dasarnya telah mencurangi harapan ibu ayah..

Sahabatku..aku sedar bahawa setiap manusia itu dilahirkan dengan cara yang berbeza.aku menghormatimu sebagai sahabat..namun cukuplah sekadar tidak lebih dari itu.kerana aku sesungguhnya tidak mampu untuk berdiri dalam kelompokmu..persahabatan bukanlah satu sebab untuk aku masuk ke dalam hidupmu.

Sahabat yang kucintai..
Biar ku ceritakan padamu betapa sayangnya Allah padaku..
Pada suatu hari tatkala aku sedang menunggu bas untuk pulang bercuti..Tuhan mengirimkan cintanya padaku dengan menemukan aku dengan teman yang pernah sama2 berjuang denganku..aku tersentak dengan pertemuan yang cukup bermakna itu,meskipun tidaklah selama mana.nyata..teman yang dulunya boleh ku katakana sebagai seorang yang terlibat dengan bermacam-macam masalah disiplin..seorang yang tidak bertudung..tapi kini yang berdiri di depanku adalah seorang muslimah sejati yang lengkap dengan jilbab dan jubah labuh..pertemuan apakah ini??ketika aku melihatnya sebentar tadi..dia sedang duduk ditepi sebuah tiang sambil mulutnya lancar menyebut ayat-ayat Allah.sambil tangannya memegang sebuah buku kecil yang kukira Quran yang bersaiz kecil yang lengkap dengan terjemahannya..

Aku tiba-tiba merasa cukup malu tika memandang wajahnya yang cukup jernih dengan pancaran nur dan disinari dengan bekas2 wuduk yang nyata tak pernah lekang dari dirinya.Ya Allah Yang Maha Memberi Petunjuk!!jika dulu aku adalah antara pelajar yang bertudung labuh..menghabiskan sisa2 masa yang ada dengan bertadabbur di masjid..mengimamkan setiap solat hajat setiap kali selepas Isyak..namun apa yang terjadi padaku kini??nyata..temanku itu juga cukup terkejut dengan perubahanku..pertemuan ini memberikan aku tamparan yang maha hebat.Ingin sekali pada waktu itu rasanya aku tanggalkan saja pakaian ku yang sendat dan digantikan dengan bju yang lain.ingin saja aku tarik ke bawah tudung yang tadinya aku ikat tinggi2 itu..

Aku cepat tersedar bahawa sesungguhnya Allah sayang akan ku..meskipun sudah banyak janji yang aku mungkiri..namun Dia tetap memberiku hadiah yang tak ternilai harganya.HIDAYAH!!

Sampai saja di rumah..aku terus menceritakan kisah pertemuan itu kepada ibuku..tak ku sangka..nasihat dari ibuku yang selama ini seolah2 cuba menutup mata dengan gaya pakaianku berubah sama sekali.ya..kini ibuku menasihatiku agar pandai menjaga diri. menjaga diri dengan pergaulan,pemakaian,dan sebagainya.aku kembali teringat akan suatu kisah di dalam buku yang ku baca.katanya..”jika anda sendiri tidak menghargai diri anda dengan menutup aurat dengan sempurna,jangan sesekali berharap agar orang lain menghormati anda..”nah!!inilah sebenarnya punca kehanyutanku.bukan kerana sahabat atau sesiapa tetapi kerana diriku sendiri..aku yang sengaja membutakan mata,menulikan telinga dengan perintah Allah. Kerana aku yang sudah mula lupa untuk menghargai diri sendiri..

Sedangkan aku tahu..bahawa wanita yang beruntung adalah ibarat epal yang tumbuhnya tinggi di atas pokok.sehingga tak bisa di sentuh oleh tangan2 sang kumbang yang penuh dengan racun berbisa. Terhijab oleh rimbunan daun dan dahan..namun rasa epal itu luar biasa manisnya kerana keasliannya yang terpelihara.. subhanallah!!!

Bak kata pepatah..lautan mana yang tak bergelombang
Bumi mana yang tak di timpa hujan..begitulah falsafah untuk setiap dugaan yang sentiasa mengiringi perjuangan..bagi mereka yang masih tidak memahami keadaan diriku ini..aku sesungguhnya tak menyalahkan kalian..ambillah sedikit masa untuk menyelami hatiku ini.maafkanku kawan2..andainya perubahan ini menjarakkan persahabatan kita. Bukanlah niatku untuk menjauhkan diri..tapi sesungguhnya syariat sudah membataskan pergaulan antara kita.cukuplah sekadar kita bertemu dalam kalangan teman2 yang lain di tempat yang tak bisa menimbulkan fitnah.aku sesungguhnya tidak akan ulangi lagi apa yang pernah aku lakukan suatu ketika dulu.janganlah lagi kamu bertanya mengapa kerana jawapannya telah aku terangkan padamu bahawa aku ingin lari dari dosa yang pernah aku lakukan itu.cukuplah sekali aku mencabar janji Tuhan..

Ya Allah Ya Rabbi..bantulah aku..pimpinlah aku..bimbinglah aku..semoga cinta kepada Yang Esa mampu memenuhi segenap jiwaku sehingga aku tak lagi mengharapkan cinta daripada manusia. Ingatkanku bahawa aku sudah bertunang dengan maut yang pastinya bila2 masa saja akan datang menjemput..teguhkan hatiku Ya Allah tika mendengar mereka bercerita tentang cerita terbaru yang baru saja ditayangkan di pawagam..kuatkan hatiku Ya Ilahi..tika mereka bercerita tentang merdunya suara mereka mengalunkan lagu2 cinta di dalam bilik2 kecil di pusat karaoke..lindungi hatiku Ya Rahman tika mereka sibuk bercerita tentang lelaki2 yang menghantar pesanan ringkas sms..atau lelaki yang menegur mereka dalam facebook....ingatkan aku Ya Rahim…untuk menjaga perasaan maluku padaMu Yang Maha mengetahui..sedarkan aku dengan pedihnya siksa api nerakaMu yang maha pedih..

Semoga seandainya mereka membaca apa yang aku coretkan ini..mereka pantasnya mengerti bahawa aku hanyalah manusia biasa yang lemah dan sedang cuba memperbaiki diriku..ampunkan aku Ya Allah..maafkan aku teman..ku harap kau mengerti..=)

Ya Allah..
Kuatkan hatiku..
Teguhkan imanku..
Lapangkan dadaku..
Lindungi aku Ya Allah..
Dari segala bisikan halus yang sering menghalangi perjalan berliku ini..

Ya Rabb..
Kiranya cintaku padamu telah semakin surut..
Engkau alirkanlah kembali sungai ketenangan dan kenikmatan itu
Engkau sedarkanlah aku dengan kehebatan dan kekuasaanMu
Agar aku tidak lagi mempunyai sebab lain untuk terpaut pada keindahan duniawi yg nyata cukup membutakan mataku
Agar nanti tidak ada suatu pun yang bisa menghalangi aku dari menggantungkan segenap jiwaku..hatiku..kepercayaanku..cintaku..rinduku..hanya padaMu..
Ameen Ya Rabbal A’lamin

wanita yang indah

Aduhai wanita... Sungguh mahal dirimu di mata lelaki, tetapi mengapa masih ada lagi yang tidak menyedari? Dirimu sungguh agung di mata lelaki dan terlalu mulia di sisi Penciptamu. Namun itu semua hanya jika kau tahu mengagungkan dan memuliakan dirimu sendiri.

Menjadi wanita adalah satu anugerah yang paling indah. Seharum mana pun wangian kasturi tidak mampu menandingi wangian budi pekertimu, lembutnya gumpalan kapas masih tewas dek kelembutan tingkahmu. Halusnya butiran pasir yang menjadi peneman setia si pantai masih tidak dapat menandingi halusnya tuturmu.

Duhai wanita... Sebenarnya maruah diri yang kau galas lebih berat daripada bongkah-bongkah batu yang besar. Kau menepis dengan penuh sabar setiap godaan nafsu dunia yang datang bertubi-tubi hingga hampir mengheretmu ke kancah yang penuh onak duri. Percayalah wanita, akan ada bahagia di akhir kesengsaraanmu asal saja kesabaran menjadi bentengmu.

Wanita ku... Terima sahaja cemuhan dan makian yang muncul bederu -deru ibarat halilintar yang singgah di cupingmu, terima saja itu dengan senyuman dan ambil saja sebagai halwa telinga yang mengajarkan mu erti kesabaran. Itu sebenarnya dendangan sumbang dari bibir-bibir sumbing yang ingin melihat mu tersungkur. Percayalah akan ada berita manis yang singgah dicupingmu suatu masa nanti asal saja gunung kesabaranmu tidak pernah kau tarah.

Saudara wanitaku, iman mu adalah perisai, agamamu adalah landasanmu di setiap langkah yang kau atur. Jangan sesekali kau biarkan anasir songsang memperkotak-katikkan imanmu apatah lagi agama yang kau kandung hanya kerana nikmat duniawi semata-mata. Jangan kau gadaikan maruahmu yang tidak ada galang gantinya hanya kerana mengejar sesuatu yang tidak mungkin bisa kau kendong.

Andai kata kau tersungkur, segeralah bangkit dan sekiranya kau tersasar jauh dari landasan hidupmu, atur kembali langkahmu bersama titipan iman dan mulakan dengan langkah yang baru. Sedangkan Sang Jentayu yang kepatahan sayapnya masih bisa hidup bertongkat paruh apatah lagi kau yang dianugerahkan akal fikiran. Jangan bersedih wahai wanita, andai apa yang kau ingini tidak kau beroleh di dunia, percayalah syurga itu sentiasa menantimu.

Bulatnya iman dan taqwa Sumaiyah ketika dihunuskan tombak ditubuhnya, demikian jugalah bulat imanmu harus kepada Penciptamu. Peganglah kata kata ini, "Kau sebenarnya tidak akan tersasar seandainya keimananmu kau jadikan sebagai tunjang dalam kehidupan".

Wanita, biar tawadukmu lebih menggungung daripada kejelitaanmu, biar keayuanmu terpancar dek kerana lemah gemalainya perilaku. Biar kebijaksanaanmu terpampang oleh tingginya ilmumu. Jangan sesaat pun kau lupa setianya Masyitah pada Tuhannya, agungnya kasih Khadijah kepada agamanya dan perjuangan srikandi-srikandi agama terdahulu.

Jadikan agamamu sebagai tunjang yang memperkasakan akidahmu.Biar kesabaranmu menjadi benteng perjuanganmu dan lebarkan imanmu dengan sejuta lapis sifat mahmudah. Jadilah kita wanita paling bahagia.

- Artikel iluvislam.com

sombongkah aku...???

Sombongkah aku kiranya tidak mahu membalas pesanan ringkasmu?
Sombongkah aku jika membiar sepi YM darimu?
Sombongkah aku jika aku hanya membiarkan panggilan darimu berlagu tidak berjawab?

Ya,aku memang sombong.
Namun aku sombong bertempat!
Bukan pada semua.

Tapi hanya padamu,lelaki ajnabi yang tidak halal buatku.
Pantaskah aku membalas SMS mu kiranya luahan rindu yang kau ucapkan?
Perlukah aku membalas YM mu jika omongan cinta yang kau ingin bicarakan?
Haruskah aku berbual denganmu jika tiada perkara penting yang mahu dibincangkan?

Kau bukan suamiku,perlukah kita melakukan semua itu?
Tepuk dada,tanyalah imanmu sendiri wahai teman.

Maaf aku tidak sanggup melakukan semua itu jika murka Allah yang ku dapat
Jika kerana sikapku ini kau memanggilku sombong, nah silakan.
Aku tidak peduli.
Jika kerana ini kau memandangku seorang yang kolot
Aku masih juga tidak peduli
Apalah sangat pandanganmu jika dibandingkan dengan pandangan murka Tuhanku

Kiranya aku mengikut kemahuanmu
Aku lebih takutkan Tuhan yang menjadikan kau dan aku.

Sebelum tiba masanya, biarlah kulabuhkan dulu cintaku pada-Nya
sebelum kulabuhkan cintaku kepada yang berhak keatasku kelak
Hanya untuk suamiku,cinta halal bagiku.

- Artikel iluvislam.com